saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Thursday, March 22, 2012

berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih teringat lagi ketika saya baru mula-mula menjejakkan kaki ke kolej untuk menyambung pelajaran. Ketika pertama kalinya sampai ke situ, saya berasa begitu teruja dan juga tidak sabar untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan baru di sana. Bagaimana kah keadaan belajar di kolej berbanding di sekolah biasa, memandangkan sebelum ini saya mengambil STPM.. dan serius saya katakan, setiap hari saya menangis kerana memikirkan STPM..begitu sukar.. Disamping melihat rakan-rakan lain sudah ke kolej, universiti dan matrik, saya terasa sedikit kerdil disitu.  Mengambil jurusan jurupulih perubatan anggota atau dikenali sebagai fisioterapi yang pada ketika itu saya pun masih tidak jelas mengenai bagaimana kerjayanya. Namun saya bertekad ingin mendalaminya.

Pada awal sem dengan azam dan tekad dan baru saya cuba untuk tekun mendengar kuliah dan mengulangkaji pelajaran. Benda baru kan, biasanya begitu. Tapi semakin lama semakin susah pula saya rasakan.. Serius saya katakan bidang ini sebenarnya amatlah susah.. Dengan menghafal itu ini lagi..

Rakan-rakan yang lain turut membantu sama.. Ditambah dengan kelas malamnya..Bila nak exam je macam biasa la. study mesti last minit ! >.< .Nak study awal, mmg akan lupa lepas tu ( adik-adik jangan tiru yg ni ye) :P . Ada satu malam tu, kami semua study beramai-ramai dalam satu bilik tb, study yang memerlukan praktikal, tak bole nak baca sorang2 kan. So kami decide untuk kumpul dan sama2 praktik. Malam tu, mmg tak cukup tidur, tidur sekejap just untuk hilangkan mengantuk. Dan bila bangun, orang lain pula take turn tidur dan yg bangun sambung semula berpraktis beramai-ramai ( rindu time ni T_T ).

Memang tak diakui menjadi seorang pelajar nak ke alam kerjaya tu memang sukar dan mencabar sangat. Macam2 dugaan. Tapi hati kena kuat. Azam kena tinggi. Itu yang saya selalu sangat pesan dalam diri.

Saya mengaku, dulu saya pernah repeat paper. Time ni baru saya faham macam mana perasaan kawan-kawan yang pernah repeat juga, seingat saya, masa ni Tahun 2 Sem 2.. Orang lain semua cuti.. tapi saya masih lagi kat asrama study dan study.. Perasaan takyah cakapla kan.. sangat sedih dan sebak.. Dugaan..

Sekarang semua cerita ni dah berlalu.. kalau nak cerita lagi pasal cerita dekat kolej dulu mmg banyak.. Tapi cuma nak sampaikan yang menjadi pelajar ni memang banyak sangat cabaran. Tapi percaya lah, nnti bila anda dah habis, dan dah nak kerja. Perasaan dia sangat tenang.

Alhamdulillah sekarang saya dah nak bekerja. ( Oke memang tak percaya, tgh bayangkan macam mana saya kerja =.=' ) .  Betul lah kata-kata pepatah ni " Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
gambar sekadar hiasan

Pesanan kepada yang masih belaja lagi :
Please jangan give up! Kuatkan, cekalkan hati dan sentiasa ingat pepatah mcm tajuk entry ni :)

p/s: Insyaallah nak sambung belaja lagi ke peringkat lebih tinggi jika berkesempatan :)

No comments:

Post a Comment