saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Friday, February 17, 2012

Berubahlah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah berubah kepada yang lebih baik. Kadangkala niat tu dah ada, cuma perlu usaha.

Jangan ditunggu sudah berumur baru ingin berubah, tapi mulalah berubah daripada sekarang. Niatkan dan tetapkan di dalam hati. Jika tidak dapat berubah sekaligus, berubahlah secara perlahan-lahan, kerana ia memerlukan masa.

Lebih baik perubahan itu perlahan dan berkekalan daripada perubahan yang mendadak tapi tidak kekal lama.Beberapa tips boleh di ambil kira, antaranya :

1. Berubahlah kerana Allah
Niatkan hati anda untuk berubah kerana Allah, jangan berubah kerana manusia, kerana ia tidak akan kekal. Percayalah jika kita mempunyai niat berubah ke arah kebaikan kerana Allah, nescaya Allah pasti akan menolong kita.

2. Carilah kawan yang boleh membimbing
Apabila sudah ada niat di dalam hati untuk berubah, carilah beberapa kawan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan dan bukannya sahabat yang menjatuhkan. Kawan yang baik umpama pemangkin untuk kita berubah kerana memang fitrah manusia itu sendiri memerlukan kawan atau teman.

3. Banyakkan membaca
Mengapa perlu perbanyakkan membaca? Hal ini dapat dilihat dengan membaca bertambahlah ilmu kita tentang sesuatu perkara. Sekaligus dapat membantu kita untuk sama-sama berfikir. Lebih bagus lagi jika kita membaca buku-buku seperti motivasi diri, untuk meningkatkan lagi motivasi diri kita.

4. Ubah persepsi
Jangan rasa takut untuk berubah, dengan memikarkan apa persepsi orang sekeliling jika kita berubah(ke arah kebaikan). Memang tak di akui terdapat golongan yang cuba membuatkan kita merasakan perubahan itu seperti suatu kesalahan. Bangun dan bangkitlah..! Abaikan golongan seperti ini. Lama kelamaan mereka pasti akan mengalah. Percaya dan yakin pada diri sendiri.

5. Terus melangkah ke hadapan
Jika kadangkala terasa goyah, pandanglah ke hadapan, fikirkan sesuatu yang boleh membuat kita bangun semula. Mara dan terus mara dalam meningkatkan diri ke arah kebaikan... Lama kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan kebaikan itu dan kebaikan itu akan dapat dikekalkan di dalam diri.

6. Berdoa
Selepas kita berusaha, jangan kita lupa untuk berdoa. Berdoa lah setiap hari dan jangan berputus asa, kerana Allah sendiri tidak suka orang yang berputus asa. Mengadu dan menangislah pada Allah.. Allah akan mendengarnya. Sedikit sebanyak semangat rohaniah dalam kita akan dapat diperbaiki. Wallahualam.

Semoga tips ini dapat membantu kita semua untuk berubah ke arah kebaikan. Ayuh, jangan tunggu lagi, sekarang masanya untuk berubah.

Semoga kita semua dirahmati Allah. amin rabbal alamin.

sekadar berkongsi.Wallahualam :)

No comments:

Post a Comment