saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Thursday, January 27, 2011

KALAU CINTA EPISOD 2

Untuk pergi ke episod lalu.klik SINI


Diambilnya hadiah itu lalu di bukanya."Eh sofia suka!!!!!mama!!.nikon d90!"teriak sofia kegembiraan.
Sofia dengan pantas terus pergi ke ruang tamu mencari mamanya tanda ingin menyampaikan terima kasih atas pemberiaannya itu.
"Mama,thank you so much mama!!sofia dah lama nak yang ni."sofia memeluk erat tubuh mamanya.sedikit air mata kegembiraan mulai membasahi pipinya.
"Eh,nangis pulak dia.dah dah.welcome syg."mama sofia memujuk.
Sofia seorang anak yang rapat dengan mamanya berbanding anak yang lain.semua hal mesti diberitahu mamanya terlebih dahulu.Bagi sofia mama umpama teman karibnya.

Sofia lantas naik semula ke biliknya yang terletak di tingkat atas.Sofia sekeluarga tinggal di bungalow dua tingkat.Walaupun hidup senang,namun keluarga sofia di kagumi kerana sifat rendah diri mereka.

Pada keesokaan paginya,seperti biasa apabila tiba hari ahad.sofia akan berkemas kemas semula untuk pulang ke kolejnya.Sofia selalu sahaja pulang ke rumahnya pada hujung minggu jika kelas tiada,al maklum sahajalah perjalanan menaiki komuter dari rumah dan kolejnya hanya mengambil masa 2 jam sahaja.


Tiba di stesen komuter..
"Mama,nanti minggu hadapan sofia tak dapat nak balik rumah,sebabnya sofia ada kelas sabtu tu ma,mama jaga diri baik baik taw.assalamualaikum."dikucupnya tangan mama serta ayahnya.
"Waalaikummussalam.Sofia,ada duit belanja tak.nah ambillah,"kata mama sofia lantas meletakkan duit ke dalam poket seluar sofia.
"Eh mama nih.takpala.duit biasiswa sofia ada lagi kan."sofia menghulurkan duit itu semula.
"Tak mengapa,duit kalau terdesak nanti."kata mama kepada sofia.
"Terima kasih lagi sekali mama!"sofia bersyukur.

Sofia duduk di dalam komuter di coach wanita.Tapi al maklumlah walaupun sudah tertera coach hanya utk wanita sahaja.kaum adam pun tetap berdegil untuk masuk.Alasan tak perasan.
Sofia terus mengeluarkan buku manga kegemarannya.dibelek buku itu satu persatu.

Ting tong!stesen kl sentral.

Sofia dengan tangkas keluar dari komuter.Seterusnya di ambilnya teksi untuk pergi ke kolejnya.

Sesampai di kolej,sofia lantas teringat...
"Lupa malam semalam aku nak bukak facebook.Sekejap lagi aku buka,"bisik sofia.
Selesai mengemas barang barang di dalam bilik hostelnya sofia dengan tangkas membuka laptop compaqnya yang berwarna biru tua itu.Sofia tinggal bersama seorang romatenya yang mengambil jurusan yang sama dengannya iaitu muzik.
Sofia membuka facebook,kemudian dia memasukkan email serta passwordnya.
"Eh,dia approve aku!,"sofia berkata kata.
"Hamboi suka nya romate kesayangan aku sorang nih!"julia romate sofia memerli
"Eh mana suka,aku ingat dia tanak kawan dengan aku,aku kan tak lawa macam kau julia,"usik sofia.
"Aku lawa?kalau lawa dah berderet lelaki nak dekat aku tau.lain lah kau.sopan santun,lemah lembut.cuma kau tu suka jual mahal sangat."sofia lantas mencebikkan bibir ke arah julia.
"Eh,dia minat muzik juga.sama dengan aku kot",dilihatnya pada info lelaki yang baru mengapprovenya di facebook.
"Ha,bagusla tu,jgn tnggu lama lama kalau dah suka,nanti menyesal,"usik julia.
"Eh kau ni,aku jumpa dia pun tak,"kata sofia kepada julia dengan riak wajah serius.
"Wei,esok..........












bersambung....KALAU CINTA EPISOD 3.thankz for reading (:



Tuesday, January 25, 2011

Pembetulan :Derma DARAH bukan DARA oke.

santapan mata semua :D (menu aku petang tadi.wawawa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Dah lama tak bertanya kabo.hope korang semuaa sihat belaka.kalau tak sihat pegi jumpa doktor cepat cepat oke (:
Hari ni 25 haribulan bersamaan dengan ?.ala korang dapat gaji kan.yg mana ptptn tuh pun dpt aku rasa.gerenti mkn luar tak mkn kafe hari nih.haha.Megi confirm kena tinggal.Elaun aku abis byr dekat conference je.kesian tak aku ? =.=

Tadi pagi time aku otw nak pegi lah jumpa lecture tunjuk slide group kita org,tetibe aku ternampak ada program derma DARAH bkn DARA yang mcm samy vellu cakap tu.HAHA.Aku pun excited kot nak pegi derma darah.Yela sem lepas aku pergi tak lepas sangkut tang tekanan darah.Darah aku dah oke dah.Tekanan darah aku rendah plak time tu.So sem ni aku nak cubalah kot kot mana tau aku dapat derma.eceh. :P
Aku pun pegi dekat situ.Isi borang bagai.Lepas tu org tu ambik darah aku tengok boleh tak aku DERMA.dup dap dup dap~ .Tapi time ambik darah dekat jari tuh,aku tgk dia ambik lebih.dia ckp ngan aku "sori eh dik,ambik lebih sikit,kami nak buat ujikaji ni "..aku pun angguk je.Pastu dia tanya,"darah jenis apa ? "aku dengan bangga sikit ckp, "darah O".eceh bangga la wei sbb darah O kan penderma UNIVERSAL.so mesti di idamkan oleh diorang kan.eceh.sapa tak tahu penderma UNIVERSAL tu apa,googgle ek (:

Dalam bapa minit lepas tu,aku lepas yang tang darah tu.Hehe.suka lah aku lepas,sbb org depan aku tak lepas kot.kecewa je.kui kui :P .dan lepas tu aku kena pergi jumpa doktor utk ambik tekanan darah.wahhh time ni aku memang cuak giler.muka mmg habis takut.jantung aku pun laju je.Tapi aku pura pura cool oke :D .yang bhgn ni lah sbb aku sangkut tak dpt DERMA.tetibe je.doktor cakap,"oh oke,tekanan darah adik normal" .yipeee.gembira gila hati aku.aku lepas :D .
Jadi aku ke kaunter pendaftaran sbg seorang PENDERMA darah.eceh.byk gilakan stesen kena singgah sebelum dpt DERMA.bukan senang.Dah isi semua,dia bagi aku buku PENDERMA darah under Pusat Darah Negara ( PDN ) .dan lepas tu dia bagi satu borang kaji selidik tak silap aku.abis je aku isi.ada sorang brother tu kc aku satu sampul.dia ckp,"nah dik,sedikit cenderahati dari kami".wahh..dah DERMA,dpt cenderahati plak tu.korang agak2 apa?percutian ke BALI ?tidak tidak.aku dapt wang tunai oke.tapi jumlah tak boleh bagitau :P .

Dan stesen yang ditunggu tunggu.Aku kena baring dan lepas tuh NURSE tu ambik jarum dan cucuk kat lengan.wahh aku tengok kot jarum tu.besau gila.aku rasa nak pengsan plak.tapi cuba cool.HAHA.dah cucuk and then tak sampai 8minit camtu.darah aku pun dah dapat satu paket besamaan dengan 350ml tak silap aku.aku tgk depan mata darah aku.bnyk kot.err.alhamdulillah aku tak lah pening2 lepas DERMA darah tu.dan mcm biasa lepas derma.dpt makanan dgn air. (:


ubat utk kembalikan balik drh aku yang dh hilang..erk *


dan

...

........

...............

..........................

yehhh!akhirnya aku dapat buku ni.yeayy! :D .korang ado ?

So pada sapa sapa yang tak DERMA darah lagi tu,cepat cepat lah pergi DERMA.disamping korang MENDERMA,korang mungkin boleh selamatkan nyawa org.So jgn takut nak menderma :D

Sunday, January 23, 2011

MAGIKA 3 STAR

Assamualaikum dan salam satu Malaysia.salam hujung minggu :D (hari ni aku tada kelas oke ;p)

Aku nak komen pasal filem MAGIKA arahan KRU ni.Even cerita ni dah lama dan aku rasa aku org yg ketinggalan zaman nak tgk.Firstly bape korang agak agak bintang korang nak bagi utk filem MAGIKA ni ? haaa..bagi aku,aku bagi 3 bintang kot.sbb apa.sbb bagi aku cerita ni terlalu direct sgt.tajuk dengan jln cerita yang tak bapa nak sesuai.Tajuk dia MAGIKA,aku dok lah byg bnyk magik dok dlm cerita ni.yelah MAGIKA stand for magik kan.rupa rupanya bnyk cerita dongeng dulu kala.aish =.= .baru je aku nak berangan sbb kalau bab magik magik ni aku suka.cth mcm cerita HARRY POTTER.KRU patut selitkan bnyk unsur magik dlm cerita ni.mesti lagi menarik.kan kan ?Tapi apa apa pun aku salut jugak dekat KRU sbb diorang berani buat cerita mcm ni.Pandai gak diorang guna graphic yg bagi aku utk filem malaysia dh cukup bangga.CONGRATZ anyway KRU!!

last sekali,jom kita layan sama sama lagu dari Filem MAGIKA ni.



Friday, January 21, 2011

Bekas kekasih dtg kembali ?


Jeng3x.tajuk tips yang makin panas kot.Ahahha.tapi aku nak bantu korang yang kat luar sana yang buntu bila benda ni terjadi kat korang.Supaya korang ada panduan dan apa yang patut korang lakukan.

First ! Bertenang.
Bila bekas kekasih korang tak kira lah gf or bf datang balik,perkara yang korang kena buat dulu ialah bertenang.Korang jgn sewenang nak percaya or buat benda yang tak masuk dia akal.Korang kena jadi seorang yang cool walaupun sebenarnya tak.

Second ! Jangan Percaya !
Biasa aku tengok bekas kekasih ni dia akan cuba nak merayu rayu supaya korang kembali atau terima dia balik.Bagi aku,cukuplah sekali korang dengan dia.Jgn sempitkan pemikiran korang hanya pada dia.Sbb apa?bnyk lagi yang kat luar sana yang lebih layak utk korang.Cuba fikir,kalau betul dia sygkan korang dia tak kan tinggalkan korang.even mcm mana pun.so aku nasihatkan jgn percaya sgt dgn rayuan.

Third ! Berfikir panjang.
Dalam situasi ni ada jugak yang terus rembat je balik bekas kekasih dia,tapi bagi aku lah korang jangan fikirkan jangka pendek je,tak mustahil benda yang sama boleh berulang.bukan aku doa yang tak baik.tapi selalu aku tgk dekat kwn kwn aku.dah kapel,pastu clash balikpastu kapel,clash balik ats sbb yang sama.Fikirkan!

Fourth ! Ignore.
Kalau korang rasa kehadiran dia menyusahkan hidup korang,baik korang ignore je dia.Jgn lyn.Buat apa peningkan kepala korang memikirkan psl dia kan.Lebih baik korang fikirkan benda lain yang boleh korang buat.Contoh korang try untuk memajukan diri atau buat perkara yang korang suka,kan lebih baik ?

Fifth ! Tetapkan pendirian.
Dalam hal ni,korang kena bertegas dengan diri korang.Yelah lepas ditinggalkan korang mesti ada tanam azam dalam diri korang yg takkan dengan dia lagi or something yg korang lakukan supaya tak igt dia.So bg aku,korang terusakn lah niat korang,jgn pandang ke belakang,korang kena kedepan.Teguhkan diri korang.Berkeras dengan pilihan dan hati korang spaya korang takkan kecewa untuk kedua kalinya.

Dan yang terakhir.Berdoa.
Jangan lupa untuk berdoa pada DIA.sbb apa DIA lah yang sudi ada dengan korang,susah atau senang.DIA mesti akan bantu korang untuk bagi petunjuk.So jgn pernah berputus asa untuk berdoa. (:

Thursday, January 20, 2011

thaipusam dan KEK


hari ni 20 januari bersamaan dengan hari thaipusam.jom wish ramai ramai dekat kaum INDIA yang sambut.Happy Thaipusam day special wish aku dekat baby angel aku.(kira anak didik aku lah)biasa diorang akan sambut dekat batu caves.

aku bukan nak bercerita pasal thaipusam tapi pasal hari ni punya tarikh.
Macam biasalah kos aku bila hari cuti je,sengaja nak ambik masa buat kelas.aku mmg dh pasrah habis.aku cuba gagahkan diri pagi pagi cuti untuk bangun awl pagi.=.=.smpai kolej dh pukul 8 pagi.mmg aku bajet lecture aku masuk lambat.al maklumlah cuti.ngntok jugak aku dalam kelas.mana taknye dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 stgh ptg.bayangkan!hari ni jugak lah hari jd lecture aku en.yunus.aku tabik spring kat dia,walaupun hari ni hari jadi dia,dia gagahkan diri nak ajar kami.arigato!lepas dh habis dia ajar kami bwk kek ramai ramai,buat surprise.eceh.sedap kot kek,kek king`s banana dengan cokelat.nyum nyum.(lebih kurang kek mcm gmbar kat ats ni)


p/s: teringat plak aku dekat kek secret recipe ice cream tuh =.=


KALAU CINTA EPISOD 1

Blog ayienchan mempersembahkan sebuah novel pendek...KALAU CINTA...



"Dia tak approve aku lagi.hurm..mungkin tak sudi aku kawan dengan dia agaknya."bisik sofia di dalam hati.

Lalu di kliknya sign out pada laman web sosial kegemarannya iaitu facebook.Seperti remaja yang lain sofia suka masuk ke laman sosial seperti itu yang kena dengan sikapnya yang suka berkawan.

tuk tuk tuk ! .tiba tiba pintu bilik sofia diketuk.

Sofia lantas pergi membukanya. "Eh mama!bila balik nih?tanya sofia kepada mamanya.
Baru je ni,mama ada bawak hadiah untuk sofia."
Hadiah ?ada ape ape ke mama?birthday sofia lambat lagi lah mama kan."sofia bingung.
"Takkan nak tnggu birthday baru kena bagi hadiah kot.nah ni hadiah mama beli masa dekat korea.
"Terrrrr...terima kasih mama!teriak sofia gembira.
Mama sofia merupakan seorang ahli perniaagaan dan selalu sahaja ke oversea.

Hadiah yang masih berbalut itu ditatapnya lama lama.Sofia kelihatan sangat teruja dengan hadiah itu.
"Baik aku buka nanti malam jelah".bisik sofia.

Sesudah solat maghrib seperti kebiasaannya sofia sekeluarga akan makan malam bersama sama.
Seperti biasa sofia akan turut bersama membantu mak jah,iaitu orang gaji di rumahnya.

"Mak jah!!!!"teriak sofia sambil tangannya menguit badan Mak Jah.sekadar mengusik.
"Eh eh mak kau tergolek ehhh.eh budak nih terperanjat aku dibuatnya."latah mak Jah.
"Ala mak Jah ni rindu taw nak usik usik Mak Jah.selalu hari cuti je dapat balik rumah."sofia mengomel comel.
Sofia seorang pelajar sebuah kolej tahun ketiga dalam jurusan muzik.Dia minatkan muzik sejak dari kecik lagi.
Boleh dikatakan semua ahli keluarganya turut sama minat dalam bidang itu.

Sejurus selepas selasai menolong mak Jah di dapur,sofia terus ke meja makan sambil membawa makan malam untuk dihidangkan.
Semua ahli keluarganya duduk di meja itu bersama.Cuma abang dan dua org kakaknya tiada.Sofia hanya memiliki satu orang abg yang sedang belajar medik di India.Dua orang kakak yang telah berkahwin.Sofia anak keempat dari 5 orang adik beradik.Selalunya yang ada di rumah hanya dia dan haikal(adik bongsunya).
"Sofia dah bukak ke hadiah yang mama bagi tadi tu,"tanya mama.
"Jap lagi lah mama.Sofia nak bagi surprise sikit dekat hati ni,"jawab sofia.
"Eh bersastera pulak anak mama nih kan".
"Macam awak jugak laaaa."sampuk ayah sofia.
"Nanti hadiah tu share dengan ekal sekali taw!"haikal menyambung.
"Boleh saja adik montel kesayangan akak nih."usik sofia manja.
Memang menjadi kebiasaanya keluarga sofia suka bergurau senda sekeluarga.

Sofia lantas menyenduk nasi untuk mama,ayah dan haikal serta tidak ketinggalan mak Jah.Selesai makan sofia naik ke bilik dengan cepat sekali.Tidak sabar rasanya dia hendak melihat sendiri hadiah apakah yang diberi oleh mamanya itu.

Diambilnya hadiah itu lalu di bukanya."Eh sofia suka!!!!!mama!!.........

bersambung.....nantikan KALAU CINTA episod 2.thanks for reading (:










Sunday, January 16, 2011

Tips miliki kulit cantik PART II

kulit dia cantik kan ?korang pun boleh mcm ni :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D

eceh eceh ada pulak tip miliki kulit cantik PART II eh.?(klik SINI utk pergi ke part I)sbb aku rasa aku nak berkongsi lagi tip kulit cantik dengan korang semua (:


5. basuh tangan sebelum pegang muka
aku selalu cuba untuk motivasikan diri aku supaya akan basuh tangan dulu dengan sabun sebelum pegang muka aku.sampaikan aku bila aku mandi pun sebelum aku cuci muka aku akan basuh tangan aku dengan sabun dulu.benda ni memang nampak simple,tapi bagi aku sangat penting oke.tangan bersih,akan keluar ke muka (:

6. buat senaman muka depan cermin
cuba korang cuba tiap tiap pagi lepas bangun tidur je cuba mengadap cermin dan buat pergerakan mulut menyerong ke kiri dan ke kanan dalam kiraan sepuluh kali sambil mata korang terbuka.dah habis tu,cuba pulak buat dalam keadaan mata yang terpejam 10kali juga.ia membantu darah mengalir dengan baik (:


7. cuci muka mengikut urutan yang betul
haaaaa...yang ni mesti ramai tak tau kan,tapi kalau tau,baguslah (: .tau tak korang bila korang salah teknik urutan muka korang tak langsung akan cepat berkedut.haa takut tak ?cuba korang cuci muka dengan arah urutan yang betul iaitu dr bawah ke atas.






CONTEST GAMBAR PALING COMEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaanyee :DD

kali pertamanya aku join contest kat dlm blog nih.*saje suka suka.

nak join sila klik SINI




ni gambar yang aku pertaruhkan :



aku tag : ullyana
shaz
GT

kenapa perempuan suka tengok cerita korea?

pertama!
sebab pelakon hero dan heroin dia comel comel kan ?
Aku tahulah sebab aku pun perempuan yang minat tgk cerita korea pulak.alahai comel giler kan hero dan heroin dia yang membuatkan ramai perempuan cair tgk citer korea nih.angguk angguk tanda setujudgn aku cepat!.contoh macam pasangan(aku ambik cerita full house sbg contoh) kat bawah ni



.see!comel kan mereka!. :)
title: full house



kedua!
sbb diorang ada selitkan babak babak lawak dalam cerita.yang nih aku suka jugak!
korang perasaan tak tiap kali cerita korea mesti ada selit selit babak lawak yang kadang kadang tak masuk akal kan.ha!sbb tu perempuan pun suka tgk.yelah cerita pun akan jadi tak bosan tgk even banyak kali pon.siyes!





yang terakhir!
sbb percintaan hero dan heroin yang sweet !kawai!!.
aku setuju!ni sebab yang paling perempuan suka tentang cerita korea ni termasuk aku.kalau korang perasaan cerita cinta dia comel je.macam budak budak pun ada.makan gula sesama lah.alahai comelnyee!suka kan suka kan?dan aku jamin kebanyakkan budak perempuan mesti nak percintaan diorang ala ala cerita korean yang diorang minat.sweet sgt.contoh yg ada babak hero dan heroin naik basikal sesama. :D .aku pun nak macam tu!hehe :D


see!romantinyeee! :D
tittle:full house


dan banyak lagi cerita korea yang best best.antaranya :


tittle:smilling pasta ^_^




tittle: magician of love


korang ada tgk cerita korea yang best?jom share ! (:




Thursday, January 13, 2011

Surat untuk bakal SUAMI (:

Assalamualaikum.

Buat suamiku..

Di mana awak sekarang ? Hurm. You know what, I wish I could meet you as soon as possible. Are you waiting for me just like I did to you ? Saya sangat sangat sedih sekarang. Alangkah bahagia kalau saya tahu siapa awak sekarang. You know what, I hate to hurt other people who hopes for me. Awak tahu saya sakit bila orang sedih sebab saya. ;(

Awak, saya tak tahu awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Saya tahu awak ada di luar sana. Awak, awak buat apa sekarang ? Jangan lah awak bermesra sangat dengan perempuan lain pulak. Saya tak marah awak kawan tapi selagi awak tahu jaga batas, itu pon dah cukup. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, kelak awak akan sakiti dia. Saya perempuan, saya tahu sakit macam mana berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas.

Awak, kalau saya tahu awak siapa, tak perlu lah saya lawan perasaan gila gila untuk lupakan memori lama saya sebab saya yakin dengan awak, awak boleh bahagiakan saya. Awak tahu tak saya rasa macam hati saya kena toreh saja bila saya fikir pasal kenangan lama saya. Saya tertanya-tanya kenapa saya dilakukan sebegini ? Apa saya sangat tidak baik kah waktu dulu ? Kenapa saya ? Apa saya tidak layak dicintai ?

Awak, awak lah tempat saya mengadu. Saya tahu nie tempat umum, tapi apa boleh buat. Saya cuma yakin awak ada di luar sana. Awak, saya tanak awak rasa macam mana saya rasa jadi awak jagalah hati awak untuk orang lebih layak bagi awak. Awak nak bersuka ria ? Perlu kah sampai awak boleh lukakan hati insan lain ? Hurm. Awak, saya mohon jangan. Persiapkan lah diri untuk yang selayaknya.

Awak, kalau awak tahu apa yang saya rasa sekarang, mesti awak turut menangis. Awak, saya tak boleh henti menangis, tapi bila saya fikirkan pasal awak bakal suami saya, terus saya kuatkan diri saya. Awak saya terluka sangat, kenangan yang lepas masih menghimpit saya, kalau ia bahagia tak mengapa tapi ia menyakitkan saya. Kalau awak ada sekarang, mesti awak yang tenangkan saya kan ? Saya rindu awak.

Awak, hati perempuan nie lembut dan rapuh sangat. Saya nie boleh tahan kuat jelesnya tapi bukan cemburu buta. Saya benarkan awak berkawan dengan sesiapa saja tetapi dengan cara yang betol. Eh takkan awak nak orang cop awak CASANOVA kan ? Mesti la tanak ! Tak hot lah dapat title tue. Saya tak minta awak perfect, dengan kekurangan dan kelebihan yang awak ada itu lah perfect bagi saya. :)

Awak, kalau kita kahwin nantikan, tolonglah jangan beri sakit yang sama macam saya rasa sekarang pleaseeee. Permainan hati nie dasyat, hati kalau dah beku memang lagi susah. Awak, ada orang menanti saya, dia terluka dengan saya. Adakah dia itu awak ? Awak, kalau dia itu awak, saya mohon maaf. Tiada niat, cuma saya perlukan masa untuk diri sendiri. Untuk pulihkan diri, hati saya.

Awak, kalau awak kekasih lama saya ? Em entah lah saya tak tahu nak cakap apa cuma saya mohon perubahan kalau awak ialah dia. Saya senang dengan dia cuma saya yakin dia boleh berubah menjadi yang lebih baik. Saya tak demand cuma bila kita dah melangkah ke alam dewasa, banyak benda yang kita kena fikir. Lagi-lagi kalau dh ada komitmen, awak kena lakukan tanggungjawab awak yang sepatutnya. Saya yakin dia mampu buat dan itu kalau awak ialah dia.

Awak, kalau awak seorang insan yang belum saya kenal. Nahhh, awak mesti lagi faham kan apa yang saya rasa sekarang. Takkan awak nak biarkan saya rasa lagi macam sekarang ? Kepercayaan, keikhlasan dan rasa hormat itu yang perlu ada dalam hubungan. Kita perlu sama sama jaga tiga perkara tue and agama paling wajib. Kita perlukan keberkatan. Nanti kalau awak baca entry nie mesti awak sedih sebab isteri awak tengah sedih, kan kan ? :D

Awak, would you do something for me ? Please jaga hati awak. Jangan berpaling arah. Cintalah pada yang satu. Pleaseeee. Kalau awak yakin awak cintakan someone, please berpeganglah kepada keyakinan itu.Dalam agama juga mengajar kita untuk setia, setia kepada Allah. Praktikan semua itu dalam kehidupan. Walau awak sunyi atau bosan, bukan dengan caranya awak bermesra melampau dengan perempuan lain. Manner itu penting. Awak nak isteri awak baik, awak kena baik jugak ! Pleaseeeeee ;(

Awak, nanti ada masa saya tulis lagi untuk awak. Habis sudah tisu dekat rumah nie lap air mata. Haha. Murah sangat kah air mata saya ni ? Selalu sangat menitis, silap silap boleh banjir kot. Haha. Awak, kalau dengan awak, saya nak menangis sebab saya dapat rasa kebahagiaan. Itu yang saya nak pada satu masa nanti. Awak, pelihara hati dan agama awak. Jaga diri awak, jangan cemari diri awak. Baik atau jahat itu satu subjektif, saya yakin percaya dengan awak. Ingat pesanan saya okay. Kuatlah sekarang untuk kebahagiaan akan datang. :)

Yang merindui,

Isterimu.

terima kasih!mama :)


asyik asyik asyiknya bercinta ~ .haha ;P
bajet tgh bercinta ;P
rindunye aku nak menaip utk blog nih.firstly aku nak ucapkan terima kasih pada sape sape yg wish bufday aku semalam(12 jan).arigatoo!!!(sambil tunduk badan mcm org jepun tuh).
semalam masa bufday aku kebetulan pulak pensyarah aku bagi topik pasal pregnancy dan labour.waaaa.aku siyes terharu lepas tengok.betapa susahnya mak kita melahirkan kita korang taw.aku dpt bygkan.takut jugak bila aku tengok orang nak bersalin ni.korang tau tak bukan senang nak melahirkan ni.ada 3 stage yang terpaksa mak mak korang tempoh sebelum lahirkan korang.sakitnya toksah cerita lah.aku dengar pun aku dh dapat tau.itu baru dengar.so pada semua semua yang kat luar sana dan aku bercakap untuk diri aku sendiri.hargailah mak kita yang dah melahirkan kita kat dunia nih.semoga Allah panjangkan umur mak mak kita kat dunia ni.amin! (:

last but not least.jom hayati ~

Friday, January 7, 2011

kelas sabtu?kalau korang tension tak?

sumber photobucket

kalau korang rasa tension tak bila ada kelas hari sabtu,sedangkan kawan korang tengah syiokkk dok keluar keluar waktu tu,lagi tension bila korang ada plan hari sabtu nak tu.tiba tiba..ketua kelas cakap,"oke esok hari sabtu ada kelas dari pagi sampai petang"..gerenti hangin kan kan ?
tension tension pun kena lah dok pujuk hati batalkan niat nak balik kampung hari ini.aku punya lah *excited nak balik.lain kali cakap lah awal awal.kan senang.
memang dari tradisi turun temurun entah dari bapa batch kos aku mesti ada kelas hari sabtu ahad.sampaikan aku tak sedar "eh eh,hari ni hari sabtu kerr ??"..sampai macam tu sekali. =.= .kalau dulu lecture tak cukup.ambik physiotherapist luar dari hospital buat kelas sabtu ahad.oke yang masa tu aku memang boleh la terima lagi.tapi now lecture dah cukup banyak still ada kelas sabtu.sangat stress oke.

tapi bila aku stress,aku cuba untuk buat perkara perkara ni,bagi aku supaya stress aku hilang.ni cara aku.mana taw sesuai dengan korang kan kan ? :

1. Tarik nafas dalam dalam.Bila korang tarik nafas,secara tak langsung lagi banyak oksigen yang masuk kat dalam paru paru korang.cube tarik dan lepaskan perlahan lahan.ulanglah dalam 5 kali.sikit sebanyak korang akan rasa lega sikit.

2. Buat benda yang korang suka.Bagi aku,aku suka bila stress aku karoake ke nyanyi sorang sorang dalam bilik aku.Aku rasa sikit sebanyak stress aku hilang.tapi bagi yang tak suka karaoke tu,korang buatlah benda yang korang suka.gerenti korang tak rasa stress dah.tak caya korang cuba. (:

3. Senyum je.Aku tahu memang susah nak buat bila stress kan.tapi tahu tak korang bila korang senyum.Orang yang sekeliling korang tgk mesti dia akan senyum balik kat korang dan secara tak langsung korang mesti rasa senang.

4. Pergi pantai.Aku suka duduk pantai tengok tengok laut.rasa tenang.aku suka nature.so korang yang suka nature ni boleh lah try.

5. Hang out sama kawan kawan.Yes,aku suka.tapi mesti kawan yang korang selesa lah dan yang tak menyerabutkan otak korang.aku tau budak lelaki suka je lepak lepak kedai mamak dengan kawan kawan hilangakn stress katanyewww..bdk perempuan pulak suka pegi dekat shopping shopping kompleks.yelah perempuankan.sesekali keluar lah beramai ramai.mesti stress korang akan dapat dilupakan.

last but not least...

Berdoa..yang ni bagi aku palinglah asas.bila berdoa.luah semua benda korang akan rasa tenang ~ insyaallah (:

Thursday, January 6, 2011

kisah tergelak

Nak tergelak aku bila ingat balik peristiwa aku dekat sebuah kedai tudung.Aku dengan nada konfiden dan excited nye tanye kat budak yang jaga kedai tuh."er,tudung pashima ada tak ?..haa sebut betul betul..budak tu terdiam kejap,dia pandang dan tanya aku balik..'pashima ?".sambil dia dok bwt muka yg kerut kerut dahi sambil tu dia dok tanye dengan boss dia..'kak,ni pashima ad ker?'tnye budak tu kat boss dia.boss dia pandang aku pastu cakap..'pashmina adalah dik .." .aku yg dah malu ni pon jawab.a`a ye ye pashmina lah tu..".aha.bapak segan,budak tu dok gelakkan aku.geram aku.tapi tape cool je ;P...

meh aku nak cerita tergelak dua..plak pasal perihal budak budak kelas aku.td pg aku ada kelas neurologi 2(yg taktaw google ye).pensyarah yg dok ajar aku ni comel giler.kecik je dia.setiap kali dia ajar,dia selangkan dengan soalan.nak tgk sama ada pelajar dia bagi perhatian tak masa dia mengajar.aku paling cuak bila dia dok tgk list name nak panggil nama tuh.sbb apa,nama aku asyik naik je bila mana mana pensyarah nak tnye soalan.padahal dalam kelas aku ada jugak nama ain.tapi balik balik bila pensyarah sebut je nur ain.aku dah tau nur ain apa dah.bengang jugak.sampai aku dok doa doa biar ain sorang lagi pulak kena panggil.huahua.jahat tak aku ;P .

budak budak biasalah bila pensyarah nak tanya je tunduk je muka.ala malu malu kucng katanyeww ;P.aku buat buat cool padahal tak lah cool mana pun.huhu.lepas satu satu nama kena panggil aku rasa cuak sikit sikit lah.sikit je oke ;P .last last kena dekat sorang budak kelas aku nih.haha.lawak giler kot dia nih.macam cool je.dia budak terengganu.jd paham paham lah sleng(betul ke eja ni) dia.pensyarah tanya soalan kat dia.dia jawab lain dengan bahasa ganu dia tu..aku gelak gelak dengar.dan part yang ni paling aku tak boleh nak lupa dan sampaikan pensyarah tu pun turut sama angguk kepala dan gelak sama kita orang.pensyarah tuh tanya kat dia.."oke oke agak agak awk bape peratus awk faham dari apa yg saya ajar tadi"..semua budak kelas terdiam kejap dok pandang budak tadi...dengan muka yg bajet bajet cool dan comel..dia jawab.."nanti lahh saya tak kira lagi berapa peratusang ni lagi.."huuahuahua..~siyes semua budak gelak tak ingt dunia dengar jawapan dia.adoi..~





agak agak kalo angeline jolie rupa macam ni ad org nak tak ?huahuahua ;P

Tuesday, January 4, 2011

ORIENTASI BEST!

blerkk!mungkin itulah yg dikatakan oleh yang jelir lidah tu ;P
sumber: my orientasi group 1.hooyehh ! :D


Assalamualaikum dan salam satu m`sia ;D(kesan selepas di orientasi.eceh ;P)

Bila aku tgk budak yang baru masuk kolej ni,tiba tiba teringat aku masa zaman aku dolu dolu.zaman muda muda dulu(eh?dh tua skang ek =.=).macam macam benda aku lalui.yang paling aku tak boleh nak lupa ialah bila masa aku kena orientasi dekat kolej dulu(2009).Hangin satu badan aku bila abg dgn kakak senior dok terpekik pekik dkt telinga aku.bajet ko besar sgtlah.nasiblah aku bukan jenis lawan lawan.(hamboi garangnye aku ;P ).kalau tak abis aku popular satu kolej.HAHA.

ada satu hari tu aku tunjuk otai aku.tapi bila difikir balik.aku buat benda betul ape(ce cite ce cite ;D )haa camniiee.satu ari,lepas je diorang dok asak asak suh sok guling guling ala ala pelakon bollywood ditambah pulak dengan aksi memalukan dekat padang.dgn padang masa tu toksah citer lah.berlecak lecak.al maklumlah baru lepas hujan.terbaik kot!bayangkan cepat ! =.=


dipendekkan cerita dah habis bermandi lecak ibarat kerbau pulang petang..erk=.=,diorang boleh pulak suruh kami semua pergi ke surau berjemaah trus utk maghrib.terus pegi tanpa mandi mandi..tanpa mandi?!what!!!!!!!aku mmg tak puas hati time tu,aku apa lagi terus balik bilik mandi mandi.aku solat je dalam bilik aku.dh habis je solat,aku terus pegi balik surau nak jemaah isyak pulak.sampai je kat surau aku kena tanye dengan exco kerohanian.dia tanye aku kenapa lambat?.aku pon jwblah"takkan kotor kotor nak terus solat kot,tak kusyuk nanti.so pergi bilik mandi lah." korang agak agak akak tu lyn tak ckp aku.?confirm confirm lah tak!dengan muka yang xberapa nak senyum,dia terus ambik pen tulis nama aku atas kertas.(bajet aku takut!).

malam terakhir aku igt lagi aku jadik bidan terjun untuk berlakon sempena majlis penutup.aku kena berlakon ambil watak akak lemau JKO(sebab dia suka sgt sebut lemau bila marah marah).Pergghh bergegar satu audi bila aku dok jerit jerit tiru gaya akak tu jerit lemau lemau dekat budak budak orientasi.tapi bagi aku ini pengalaman manis yang aku tak boleh nak lupa masa aku orientasi.

*lemau-aku rasa mcm biskut yg lemau.xbermaya je.
*JKO -Jawantankuasa Orientasi




ni lah antara pelakon pelakon yang terlibat sama dengan aku.yg pakai baju hijau tu semua budak budak yang kena marah lemau dengan aku.huahua*berlakon.


tapi kan bagi aku lah orientasi ni memang best,best bagi abg abg dengan akak akak senior.yelah time nilah diorang nak tunjuk otai.boleh marah marah diorang.part ni aku paling suke ;P.sbb aku pun pernah buat ;P.kuikui ~

Monday, January 3, 2011

Avril Lavigne dah meninggal ??



sape yang tak kenal dengan penyanyi inggeris ni.Avril Lavigne.yang popular dengan lagu my
happy ending.




mak aih,tau tak,terkejut aku bila dapat tau avril lavigne dah meninggal dunia!! dari salah sebuah blog.korang boleh klik sini kalau nak tgk.so aku pun ape lagi,xpuas hati punya pasal,aku try google dan tetiba aku pun terjumpalah blog yang ni pulak.yang mengatakan Avril Lavigne masih hidup!!.klik sini.so kepada peminat avril aku rasa avril ni hidup lagi,sebab berita kematian dia pun tak dipastikan lagi.




main gitar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

alahai comelnye ! sumber photobucket


Aha meh nak bercerita pasal gitar.Bukan cerita ttg jenis gitar.tapi nk berkongsi cerita ttg aku dan gitar dolu dolu.eceh. ;P.Kalau dulu aku kemain lagi nak belajar gitar,dululah time aku kecik kecik hingusan lagi.sekolah rendah seingat aku.Bila aku tgk abg aku main.amboi aku pun sibuklah dok usha usha gitar abg aku.Adalah satu hari tu yg tibe tibe membantutkan aku tok belajar gitar.huh!.(ce cite ce cite ce cite ;P) .Mcm ni cerita dia,satu hari tu aku tiba tiba rasa nak sgt belajar gitar.(sbb sblm ni aku hentam je men gitar.kuikui).Aku pun peg lah menyibuk kat abg aku,aku tanye lah kat dia..

aku : abg,ajarkan org main gitar !(dgn nada terover excited)
abg : ah.tgn ko pendek mana bole.
aku : bantut terus tergamam.

dan slpas saat tu aku terus terbantut nak blaja gitar.smpaila ke saat ni aku igt lagi ayat abg aku,tp mmg betul pun aku rasa.yelah time tu aku kecik lagikan.so jari jari semua comel comel belaka.tett.comel ke ? ;p .soo mulai saat ni aku tetibe dh semangat balik nk belajar main gitar dan aku mesti dan harus jugak gagahkan diri aku ni.Chayok ! ;DD.lol.sbb ni lah antara list plan aku utk tahun 2011.


ni antara kod asas gitar yg aku dpt dr sebuah blog.mekasih ye org blog tuh ;D

Photobucket
klik sini utk pergi ke blog dia.

yang ats ni semua adalah basic thing yang korang harus tahu.bkn harus tapi dah jadik mesti.sebab ape?kebanyakan lagu bnyk guna kod kod atas ni.kecuali kalau lagu yg berunsur rock ckit dia ada guna kod rock xsilap.

So,bagi korang yang kat luar sana tu yang rasa teringin atau penah kena tegur dengan abg korang(mcm aku ;P )jgnlah cepat putus asa.sbb pada aku dlm bnyk bnyk alat muzik lah,gitar paling senang nak main kalau nak dibandingkan dgn piano or violin ke yang memerlukan kecekapan yang tinggi.sungguh! ;DD

p/s:doakan aku berjaya men gitar.kui kui ;P .arigatoo!hooyeeeh ! ~


Sunday, January 2, 2011

Tips miliki kulit cantik

Assalamualaikum semua ;)
mulakan hari dengan senyum dan senyum.eceh ;P
oke oke berbalik pada tajuk nih.
nak kulit cantik dan licin.Senang je meh ikuti tips ni (:

First of all,

1.Jangan bertukar tukar produk penjagaan kulit.
Ha yg ni mmg sgt penting ye,sebab ape?yelah kulit muka kita ni sensitif sikit.So better stick pada yang satu je,melainkan kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka korang,itu lain cerita oke.

2.Amalkan mencuci,mentoner dan melembap.
Erk mentoner tu nmpak lah pelik ;P
Oke yang ni mesti ramai tak rajin nak buatkan.Tapi tahukah korang bahawa ketiga tiga ini adalah benda asas yang wajib korang buat kalau nakkan kulit yang bersih dan licin.

3.Rajinkan berjogging
Ye berjogging pun boleh membuatkan kulit muka kita kelihatan cantik dan bebas daripasa jerawat.Bila kita brjogging,kita keluar peluh kan.Ha,masa nilah toksin daripada badan kita keluar dan sekaligus menyihatkan bukan sahaja kulit kita malah kesihatan badan kita jugak.

4.Minum air putih secukupnya.
yang ni mesti korang tahukan,tapi susah nak amalkan(termasuk aku sendiri).Kalau korang belum mula amalkan lagi,apa kata mulalah dari sekarang,paling kurang pun,8 gelas sehari,itu pun dah mencukupi. (:

Oke sampai sini jelah yang dapat saya kongsikan.ada masa saya cerita lagi ok.
renung renugkan dan selamat beramal.eceh ;P

Saturday, January 1, 2011

mungkinkah ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

tgk tajuk je dh mcm lagu sheila abdul ni..



dah dah sikit sikit dengar sudah ;P


Haha.tadi dok dok belek fb akak.tetibe lah tertgk plak gmbar lama dia time skola menengah dlu.tgk ad gmbar pakwe lama dia time skola tu.haha.saya semua bf akak sy dpt tau :P .



TAHUN baru.BELOG baru.BF baru.HAHA ;P

Assalamualaikum..
setelah beberapa kali menuka belog.HAHA.
akhirnya sampai jgaklah ke taun 2011.*tetibe.
rindu nk berbelog semula. ;D


Photobucket
gudBYE 2010.sob.sob.(makin tualah saya T_T)