saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Berubahlah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah berubah kepada yang lebih baik. Kadangkala niat tu dah ada, cuma perlu usaha.

Jangan ditunggu sudah berumur baru ingin berubah, tapi mulalah berubah daripada sekarang. Niatkan dan tetapkan di dalam hati. Jika tidak dapat berubah sekaligus, berubahlah secara perlahan-lahan, kerana ia memerlukan masa.

Lebih baik perubahan itu perlahan dan berkekalan daripada perubahan yang mendadak tapi tidak kekal lama.Beberapa tips boleh di ambil kira, antaranya :

1. Berubahlah kerana Allah
Niatkan hati anda untuk berubah kerana Allah, jangan berubah kerana manusia, kerana ia tidak akan kekal. Percayalah jika kita mempunyai niat berubah ke arah kebaikan kerana Allah, nescaya Allah pasti akan menolong kita.

2. Carilah kawan yang boleh membimbing
Apabila sudah ada niat di dalam hati untuk berubah, carilah beberapa kawan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan dan bukannya sahabat yang menjatuhkan. Kawan yang baik umpama pemangkin untuk kita berubah kerana memang fitrah manusia itu sendiri memerlukan kawan atau teman.

3. Banyakkan membaca
Mengapa perlu perbanyakkan membaca? Hal ini dapat dilihat dengan membaca bertambahlah ilmu kita tentang sesuatu perkara. Sekaligus dapat membantu kita untuk sama-sama berfikir. Lebih bagus lagi jika kita membaca buku-buku seperti motivasi diri, untuk meningkatkan lagi motivasi diri kita.

4. Ubah persepsi
Jangan rasa takut untuk berubah, dengan memikarkan apa persepsi orang sekeliling jika kita berubah(ke arah kebaikan). Memang tak di akui terdapat golongan yang cuba membuatkan kita merasakan perubahan itu seperti suatu kesalahan. Bangun dan bangkitlah..! Abaikan golongan seperti ini. Lama kelamaan mereka pasti akan mengalah. Percaya dan yakin pada diri sendiri.

5. Terus melangkah ke hadapan
Jika kadangkala terasa goyah, pandanglah ke hadapan, fikirkan sesuatu yang boleh membuat kita bangun semula. Mara dan terus mara dalam meningkatkan diri ke arah kebaikan... Lama kelamaan kita pasti akan terbiasa dengan kebaikan itu dan kebaikan itu akan dapat dikekalkan di dalam diri.

6. Berdoa
Selepas kita berusaha, jangan kita lupa untuk berdoa. Berdoa lah setiap hari dan jangan berputus asa, kerana Allah sendiri tidak suka orang yang berputus asa. Mengadu dan menangislah pada Allah.. Allah akan mendengarnya. Sedikit sebanyak semangat rohaniah dalam kita akan dapat diperbaiki. Wallahualam.

Semoga tips ini dapat membantu kita semua untuk berubah ke arah kebaikan. Ayuh, jangan tunggu lagi, sekarang masanya untuk berubah.

Semoga kita semua dirahmati Allah. amin rabbal alamin.

sekadar berkongsi.Wallahualam :)

Saturday, August 13, 2011

Tips jadi POSITIF.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hopeful korang semua sihat saja (:

Pernah tak korang rasa down ? thats mean rasa sangat tak berguna or anything.
Jangan jangan fikir macam itu,bahaya.

Cuba ubah persepsi tu untuk fikir macam ni,oke ada hikmah semua itu.kan lebih baik.
Jadi Positif tak susah,tapi its take a time,kat bawah ni ada tips untuk ada yg ingin berubah :

1. Oke bila anda rasa anda susah,cuba fikir orang lain yang lagi susah dari anda.Contoh,kalau anda hanya ada motosikal je,kereta takda,bila hujan habis basah lenjun."ish,susah la takda kereta ni ! " .jangan jangan cakap macam tu,cuba ubah, " alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada motor,ada lagi orang susah takda motor,jalan kaki je panas-panas.

2. Oke,bila sesuatu terjadi kepada anda.Macam dugaan yang Allah nak bagi,contohnya bila putus tunang akibat orang ketiga dan anda dapat tahu awal.Jangan pula rasa nak bunuh diri dan rasa tak nak hidup lagi.come on,kita kan ada Allah (: .thats mean Allah sayang kita,dia dah tunjuk sifat sebenar pasangan kita awal awal lagi sebelum kita kahwin dengan dia.Sepatutnya,ubah.oke semua ni ada hikmahnya.Allah lebih mengetahui.kan indah. (:

3. Oke,situasi yang ni mungkin ramai je ada.Seorang kawan anda,selalu je bercakap pada anda yang buruk-buruk.Seolah macam semua salah anda.Jangan pula kita lawan cakap buruk juga.Allah kan ada.fikir positif.Mintak pada Allah supaya dia berubah.memang payah sikit.tapi lama lama mesti boleh ! (:

4. Bila tengok orang pandang-pandang kita je cakap dia mengata.Oh no!jangan berfikir macam tu.Entah betul entah tak.nanti tak pasal pasal jeling orang sekeliling sebab ingat semua macam tu.Cuba fikir,"eh pandang aku mungkin sebab aku cantik kan.atau mungkin dia rasa macam kenal".haa kan baik macam ni.dalam masa yang sama cas positif akan tersebar dan anda akan jadi lebih menawan ! (:

5. Oke.bagi yang ke 5 ni .Situasi dia bila mak atau ayah kita marah-marah dekat kita.Jangan melawan.kan berdosa,cuba fikir positif macam ni,"mungkin sebab mak ayah sayangkan aku" .dalam masa yang sama kita tak dikira menderhaka kan.

Semoga korang semua dapat jadi seorang yang positif dengan mengubah fikiran menjadi positif.

p/s :siapa tahu si negatif berubah kerana fikiran positif anda.dah dapat pahala anda kat situ.