Ya Allah.. sakitnya :'(
saya suka tgk mereka tersenyum (:
Saturday, March 24, 2012
Thursday, March 22, 2012
berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih teringat lagi ketika saya baru mula-mula menjejakkan kaki ke kolej untuk menyambung pelajaran. Ketika pertama kalinya sampai ke situ, saya berasa begitu teruja dan juga tidak sabar untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan baru di sana. Bagaimana kah keadaan belajar di kolej berbanding di sekolah biasa, memandangkan sebelum ini saya mengambil STPM.. dan serius saya katakan, setiap hari saya menangis kerana memikirkan STPM..begitu sukar.. Disamping melihat rakan-rakan lain sudah ke kolej, universiti dan matrik, saya terasa sedikit kerdil disitu. Mengambil jurusan jurupulih perubatan anggota atau dikenali sebagai fisioterapi yang pada ketika itu saya pun masih tidak jelas mengenai bagaimana kerjayanya. Namun saya bertekad ingin mendalaminya.
Pada awal sem dengan azam dan tekad dan baru saya cuba untuk tekun mendengar kuliah dan mengulangkaji pelajaran. Benda baru kan, biasanya begitu. Tapi semakin lama semakin susah pula saya rasakan.. Serius saya katakan bidang ini sebenarnya amatlah susah.. Dengan menghafal itu ini lagi..
Rakan-rakan yang lain turut membantu sama.. Ditambah dengan kelas malamnya..Bila nak exam je macam biasa la. study mesti last minit ! >.< .Nak study awal, mmg akan lupa lepas tu ( adik-adik jangan tiru yg ni ye) :P . Ada satu malam tu, kami semua study beramai-ramai dalam satu bilik tb, study yang memerlukan praktikal, tak bole nak baca sorang2 kan. So kami decide untuk kumpul dan sama2 praktik. Malam tu, mmg tak cukup tidur, tidur sekejap just untuk hilangkan mengantuk. Dan bila bangun, orang lain pula take turn tidur dan yg bangun sambung semula berpraktis beramai-ramai ( rindu time ni T_T ).
Memang tak diakui menjadi seorang pelajar nak ke alam kerjaya tu memang sukar dan mencabar sangat. Macam2 dugaan. Tapi hati kena kuat. Azam kena tinggi. Itu yang saya selalu sangat pesan dalam diri.
Saya mengaku, dulu saya pernah repeat paper. Time ni baru saya faham macam mana perasaan kawan-kawan yang pernah repeat juga, seingat saya, masa ni Tahun 2 Sem 2.. Orang lain semua cuti.. tapi saya masih lagi kat asrama study dan study.. Perasaan takyah cakapla kan.. sangat sedih dan sebak.. Dugaan..
Sekarang semua cerita ni dah berlalu.. kalau nak cerita lagi pasal cerita dekat kolej dulu mmg banyak.. Tapi cuma nak sampaikan yang menjadi pelajar ni memang banyak sangat cabaran. Tapi percaya lah, nnti bila anda dah habis, dan dah nak kerja. Perasaan dia sangat tenang.
Alhamdulillah sekarang saya dah nak bekerja. ( Oke memang tak percaya, tgh bayangkan macam mana saya kerja =.=' ) . Betul lah kata-kata pepatah ni " Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
Pesanan kepada yang masih belaja lagi :
Please jangan give up! Kuatkan, cekalkan hati dan sentiasa ingat pepatah mcm tajuk entry ni :)
p/s: Insyaallah nak sambung belaja lagi ke peringkat lebih tinggi jika berkesempatan :)

gambar sekadar hiasan
Please jangan give up! Kuatkan, cekalkan hati dan sentiasa ingat pepatah mcm tajuk entry ni :)
p/s: Insyaallah nak sambung belaja lagi ke peringkat lebih tinggi jika berkesempatan :)
Sunday, March 18, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Kita adalah apa yang kita fikirkan
Pernah dahulu saya terbaca sebuah buku motivasi, tetapi lupa tajuknya.. di dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa, diri kita ini adalah apa yang kita fikirkan..
Ingin saya mengupas mengenainya dengan lebih mendalam lagi..
Jika kita fikirkan diri kita ini tidak pandai, maka tidak pandailah jadinya.. kerana mind set kita telah berfikir begitu. Apa pun yang kita lakukan, jika kita tetap berfikiran begitu.. ianya akan tetap begitu..
Ia samalah seperti situasi di mana sebuah pertandingan berlangsung. Jika kita memikirkan yang kita tidak boleh menang, maka itulah yang akan terjadi. Hal ini berkait rapat dengan psikologi diri.
Jadi perbaiki lah pemikiran kita dengan memikirkan kita ini adalah yang terbaik walaupun sebenarnya masih berusaha untuk menjadi yang terbaik, maka dengan cara ini.. mind set kita akan berubah dan menyebabkan diri kita makin melonjak utk menjadi yang terbaik..
Disini apa yang ingin saya sampaikan ialah sentiasalah bersikap positif terhadap diri kita sendiri. Sentiasa cuba untuk mengubah pemikiran kita daripada memikirkan perkara yang negatif kepada positif.. Percaya dan yakinlah dengan diri kita sendiri.
Tak susah namun memerlukan mind set yang betul..
Sekadar berkongsi.. :)

Tuesday, March 6, 2012
Bersyukurlah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dibenarkan bernafas di dunia ini.. Alhamdulillah...
Bersyukurlah di setiap waktu.. jangan mengeluh..
Allah sentiasa memberikan nikmat kepada semua hambaNya.. Oleh itu ucapkan alhamdulillah.. Tak susah, itu tandanya kita bersyukur..
Apabila kita berfikir kita ini susah, tiada berharta, fikirkan org yg lagi susah daripada kita.. Kenangilah, ada yang lagi susah daripada kita.
Apabila kita punya harta, jangan pula lupa untuk bersyukur, kerana Allah yang memberi semua itu.. Sentiasalah mengingatiNya, itu tanda kita bersyukur kepadaNya.
Syukurilah dan hargailah apa yang anda miliki sekarang( saya berkata kepada diri sendiri juga) sebelum Allah menarik semuanNya daripada kita. Bersyukurlah masih punya ibu atau ayah(jika masih ada). Bersyukurlah masih dibenarkan menikmati nikmat hidup ini.
Apa yang boleh dilakukan ?
Terdapat beberapa cara yang dilakukan untuk menunjukkan tanda kita bersykur antaranya ialah sujud syukur.
Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmizi yang bermaksud terjemahannya:
Dari Abu Barkah bahawa Nabi s.a.w apabila mendapat sesuatu yang disenangi atau diberi khabar gembira, segeralah beliau tunduk (sujud) sbg tanda syukur kpd Allah Taala.

SUJUD SYUKUR
DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa bersyukur. amin rabbal alamin.
Sekadar berkongsi.Wallahualam. :)
Saturday, March 3, 2012
Apabila Musibah Melanda.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, pasti akan di uji oleh Allah..iaitu Allah datangkan kepada mereka musibah. Justeru kadangkala beberapa persoalan akan bermain di minda..Kenapa?Mengapa?
Namun semua persoalan dan jawapannya telah ada didalam Kitab Al-Quran;
KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87
Masyaallah.. ingatlah ada Allah disetiap waktu.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNya. amin rabbal alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)