saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Wednesday, March 7, 2012

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Pernah dahulu saya terbaca sebuah buku motivasi, tetapi lupa tajuknya.. di dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa, diri kita ini adalah apa yang kita fikirkan..

Ingin saya mengupas mengenainya dengan lebih mendalam lagi..
Jika kita fikirkan diri kita ini tidak pandai, maka tidak pandailah jadinya.. kerana mind set kita telah berfikir begitu. Apa pun yang kita lakukan, jika kita tetap berfikiran begitu.. ianya akan tetap begitu..

Ia samalah seperti situasi di mana sebuah pertandingan berlangsung. Jika kita memikirkan yang kita tidak boleh menang, maka itulah yang akan terjadi. Hal ini berkait rapat dengan psikologi diri.

Jadi perbaiki lah pemikiran kita dengan memikirkan kita ini adalah yang terbaik walaupun sebenarnya masih berusaha untuk menjadi yang terbaik, maka dengan cara ini.. mind set kita akan berubah dan menyebabkan diri kita makin melonjak utk menjadi yang terbaik..

Disini apa yang ingin saya sampaikan ialah sentiasalah bersikap positif terhadap diri kita sendiri. Sentiasa cuba untuk mengubah pemikiran kita daripada memikirkan perkara yang negatif kepada positif.. Percaya dan yakinlah dengan diri kita sendiri.

Tak susah namun memerlukan mind set yang betul..

Sekadar berkongsi.. :)

No comments:

Post a Comment