saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Wednesday, June 29, 2011

ENTRY BANJIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pertama sekali nak ucapkan salam israk dan mikraj (:

Bila bercakap pasal banjir mesti teringat time kecik-kecik dulu,yelah masa tu dikatakan kalau hujan je kan mesti akan banjir.sebab rumah pun rendah dan dekat sangat dengan sungai.pastu aku dengan adik apa lagi.mandilah banjir bajet ala ala swimming pool.yelah nak pegi swimming pool pon tak mampu kan time tu ;P

Tapi hari ni setelah sekalian lamanya dah tak banjir.banjir balik kot.tapi rumah dah tinggi sikit. dan jauh dari sungai.kawasan tetap je sama dengan rumah lama dulu.

Aha.well biar gambar je menceritakan semuanya.jom layan ~


Haa yang ni kawasan depan umah aku.OMG !( bak kata syuib sepah ;p)





Yang ni bukan rumah aku tapi rumah makcu aku.dekat dekat sini jugak.rumah dia masuk air.tapi alhamdulillah rumah aku tak.aha.





Haaa yang ni pulak dekat belakang rumah makcu aku.tapi tuannya takda.duduk kuantan.rumah dia ada dua satu dekat sini.*ada je nak inteprem budak budak ni ;P






See!kalau korang nak tahu dekat sini ada jambatan kayu tawwww! sedih tak sedih aku tengok.jambatan tu dah hanyut T_T .byk kenangan kot.kalau nak tau kat sini lah tempat kita orang time kecik-kecik dulu main sakaratulmaut....haaa jeng3x..nak tau apa dia ? nanti aku cerita oke (:




Oke ini lah antara serangga yang aku sempat ambik gambar dia.dia punya melekat kat dinding.tau takut air hang kan ;p .serangga ke ? hehe




ketam melekat dekat dinding?ha.yang ini pelik =.=




dan dalam beberapa minit lepas tu keadaan kembali surut.gambar kat bawah ni :


dah surut sikit.haha.sengaja lah tu pijak air !





Oh sebelum aku terlupa.Haha.time aku kecik-kecik dulu,slalu banjir ke.aku dengan adik mesti buat bot kertas.lumba lumba konon konon..tadi aku buat kot.saje nak suka suka. ;p


Haaaa!korang reti ke buat ni! ;D .aku suka tengok bot kertas ni belayar time banjir.perasaan feeling feeling gitu ;P




Last but not least aku nak ucapkan tahniah dekak pemain Malaysia kita sebab diorang menang lawan Taiwan.tak silap aku 2-1 kan ? bangga aku jadi anak Malaysia taw! (:



mangsa banjir ;p







Tuesday, June 28, 2011

Tips memilih pasangan 1





Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Entry ni sesuai untuk yang bakal bercinta atau pun yang tengah becinta jugak.tak kira tua atau muda pon boleh (:

Ke-satu..eh PETAMA! ;p

Menjaga solat
Haa yang ni susah kan nak carik,tapi ada.First jumpa ce korang tengok ce cube bila masuk waktu zohor ke ada tak dia ke surau.Kalau ada alhamdulillah..dia mmg seorang yang menjaga solat dia.*take point yang ni ye (:

KEDUA

Caring
Oke yang ni mungkin ada ramai yang ada sifat ni tapi nak tahu dia betul betul seorang yang caring tak.ce tengok dia ada minat something tak.macam sukakan kucing ke atau kanak-kanak ke? biasanya orang macam ni sgt caring.tak caya try dulu (: .oh lagi satu dia always take care about kita even masa kawan pun. (:


sapa suka saya?!
*boleh isi borang ;P


KETIGA

Bertanggungjawab
Yang ni sangat sangat sangatlah penting!sebab apa ? nanti bila dah kawen masing-masing perlu ada tanggungjawabkan tak kira lah lelaki atau wanita.If dia takda tanggungjawab.lebih baik awal-awal u all tinggalkan aje.sebab nanti masa kawin lagi susahkan.

KEEMPAT

Pemurah
Haaa yang nih aku suka! Oke pemurah tajuk yang sangatlah luas kan.So apa yang aku nak tekankan kat sini ialah dia pemurah dengan senyuman.Suka senyum.sweet je kan.tapi jangan pulak bila korang tgh marah dia senyum jee memanjang.lagi lah hangin kan.tak gitu ?


see! sweet je kan ^__^


KELIMA *utk wanita

Cari lelaki yang masa gentlemen.Oke contohnya.bila keluar tgk wayang ke atau makan ke.dia yang keluarkan duit.bukannya kita.(tapi kalau sekali sekala boleh la)

KEENAM

Hormat orang tua
Nak test dia hormat org tua tak.ce tengok dia dengan mak ayh dia macam mana ?Bersopan ke tak ?tengok cara dia cakap or layan.tapi tahu ramai kan yang berbudi bahasa dengan orang tua tua.tapi tak semua.


haaaaaa...semput ~~

tips bersambung.nantikan! :D


Wednesday, June 22, 2011

Doa CINTA (:

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Untuk entry kali ni,ayien nak kongsikan satu doa yang sesuai diamalkan oleh semua orang,tak kira lah yang tgh bercinta atau tak dan doa ni pun sesuai diamalkan untuk yg dah bertunang.haa..selamat beramal (:

Bingkisan Doa.

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Saturday, June 18, 2011

lagi best!lagi BEST!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Dalam sedar tak sedar cuit sem pun dah nak habis.lepas ni masuk praktikal balik dekat terengganu pulak.and then insyaallah habis dan boleh keja dan kumpul duit.hehe. :'D

Entri sebelum sebelum ni aku ada cerita kan pasal kereta yang aku minat.tapi makan tahun jugak kereta tu kalau nak dapat.sila baca ENTRI ni kalau nak tahu kereta yanga aku maksudkan.So aku pun telah mengambil keputusan nak beli kereta yang termampu dulu lah kan.heee.

Mula mula kau igt nak ambik kereta yang kecik kecik je macam kereta kelisa ke kancil ke.tapi kereta tu kan dah tak keluar lagi.So dipendekkan cerita minggu ni aku tak ingat hari apa.masa tu siaran MHI.dan aku terpikat dengan kereta Myvi terbaru daripada perodua.gila best.aku rasa nak pengsan bila tengok.Hati melonjak lonjak nak beli.tambah lagi bila diorang ada keluarkan satu warna purple.*warna faveret aku.

Bila tengok pada function dia.sangat best.ada GPS kot.aku perghh lagi lah tergugat.dalam hati dah memberontak nak.tapi tnggu kerja insyaallah tahun depan aku beli.doakan lah yeee...oh MYVI MYSTERIOUS PURPLE.aku dah tergoda ;'P




LAGI BEST!LAGI BEST!LAGI BEST! :D

Wednesday, June 15, 2011

kawww timmm lah pak lang(HAZAMA AF9)!CONGRATZ IRINE NADIA MARCELLO :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Aku doakan semuanya baik baik je.Oke sebelum nak mula tulis entry nih.aku nak ucapkan tahniah lagi sekali dengan cik IRINE NADIA MARCELLO yang selamat bertunang pada 12 Jun 2011 bersamaan dengan konsert AF9 FINAL berlangsung.So aku rasa ramai je yang kenal dengan dia.salah sorang blogger yang famous dan aku rasa dia sgt comel dan sweet.yang penting tak sombong oke (: .


irine dan encik tunang ;'D .comei je.*irine pinjam gambar kejap eh :P

Oh berbalik pada tajuk asl aku.ehemm..walaupun KONSERT FINAL AF9 dah lama habis hari ahad hari tuh.tapi aku nak jugak masukkan dalam blog aku. *hazama punya pasal aku no hal ;p

Pada yang dah tau keputusan dia,aku nak cakap lagi nih.biar aku umumkan tempat yang ke-4 dulu yee...kasik deborr la sikit ;p .oke tempat ke-4 jatuh kepada Azri AF9..dengan trademark dia..manntaapppp!masa umum tu aku mcm dah tau.


Azri atau nama penuh dia Mohd Azri B. Abdullah berasal dari Selangor.



oke malam tuh dia bawak dua lagu satu lagu aku tak pasti tajuk dia lah ;P dan satu lagi lagu single dia sendiri iaitu NISKALA.
kat bawah ni ada video klip dia.korang bole tengok oke (:








oke nak umumkan tempat ke-3 pulak.aku pun sgt tak sangka.tapi aku lega lepas nama dia disebut.sbb aku tau dia ni boleh dikatakan pesaing Hazama jugak la kan.tapi aku tak bapa suka dia sangat.nmpak macam gedik sikit.sikit lah.jgn marah peminat dia ;P
dan tempat ke-3 ialah Fina!sasssuuuuu!katanyewww ;p


Fina atau nama sebenar dia Nurshafinaz Binti Jebat berasal dari melaka.org melakau ni.heee.



malam tu dia bawak lagu satu harapan dari jacylnn victor(betul ke aku eja ni ;p) dan single terbaru dia ynag bertajuk menangis lagi.dia cakap lagu ni ada kena mengena dgn diri dia.






Jeng jeng tibalah ke saat yang ditunggu tunggu oleh aku ;p .Disebabkan aznil sebut tempat pertama dulu so aku pun ikut jugak dia.Tempat pertama jatuh kepadaa.....dup dap dup dap.....HAZAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!yeeeeeeeahhhhhhh.aku bertepuk tangan dekat rumah kot bila nama HAZAMA kena sebut ;p .Siyes tak sia sia lah usaha dia selama ni.dan utk pengetahuan korang dia penah jugak diterima masuka af4 tapi dia tak masuk.*alasan dia aku tak pasti pulak.

tapi siyes aku rasa sangat adil dan berbaloi HAZAMA menang :D .oh aku terlupa sorang lagi LENA.haha.time nama hazama kena umum first dia bukan nak ucap tahniah ke apa.ish,jeles lah tuhhhh ;P..


OKE ni aku post gambar LENA AF9 dulu

Lena atau nama sebenar dia Lenaber Binti Haidir berasal dari Sabah.oh lupa trade mark dia "BOLEH BAH KALAU KAU"


Lena bawak lagu bunkface tak silap tajuk dia dunia dengar lagu dia sendiri iaitu sisa hidup kita.




dan last but not least
HAZAMA aka PAKLANG atau nama sebenar dia Hazama Ahmad Azmi berasal dari Kuala Lumpur
trademark dia KAWWW TIMM!huhu :D


dan malam tuh aku memang terpukau dengar dia nyanyi lagu tomok-pukau dan lagu dia sendiri iaitu cinta teragung ;')



anyway CONGRATZ UTK AZRI,FINA.LENA DAN juga HAZAMA dan aku dapat tau 6 orang pelajar AF9 dah masuk artis bawah ASTRO.bestnyeee :D.2 lagi tu ERUL AF9 dan NERA AF9.