saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Saturday, September 10, 2011

Jika anda diberikan dua pilihan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pernah atau adakah korang sedang mengalami situasi di mana korang diberi dua pilihan dalam satu masa.tak kisah la pilih pasangan ke,atau mugkin benda?atau pun mungkin kerjaya ?dan yang sekutu dengannya.

Mesti sangat pening bila berada dekat situasi ni dan taktau apa nak buat.kalau yang nak pilih pasangan,bolehlah diibaratkan macam lagu ni :



haaaa.apa nak buat ni.tak tau kan.nak pilih mana yee ??meh baca tips kat bawah.

1. Bertenang
Aku rasa yang ni paling penting sekali bila korang rasa cemas taktau nak buat apa.tarik nafas panjang2 dan lepas kan.Sebab apa bila bertenang baru boleh berfikir dengan baik.

2. Tanya pandangan org lain
Yang ni sebagai guide untuk korang.Yelah mana tau org yg korang tanya tu lebih banyak pengalaman dia.Secara tak langsung pendapat yang akan dia bagi mesti bernas dan boleh dipakai guna.Jangan malu nak bertanya.sebab malu bertanya sesat jalan kan.so tanya sebanyak mana yang korang nak tanya.

3. Senaraikan keburukan dan kebaikan
Oke pilih korang dah rasa nak pilih yang tu,cuba korang senaraikan dalam satu kertas ke apa kebaikan dan keburukan dia.dan lepas tu tulis juga untuk pilihan yang kedua.cuba banding antara dua,mana yang banyak kebaikan dia.haaa yang tu lah terbaik untuk korang.tapi nanti dulu,tengok tips kat bawah lagi (:

4. Buat keputusan dengan bijak !
Yang ni sangat penting sebab apa keputusan yang bijak mesti dapat memberikan keputusan yang memuaskan.Cuba tengok balik senarai keburukan dan kebaikan yang korang dah listkan tu dan cuba masukkan juga pendapat dari orang lain yang berpengalaman yang korang dah tanya.Nilai sehabis mungkin.

5.Tawakkal dan berdoa
Akhir sekali bila korang dah berani buat keputusan,banyakkanlah berdoa.bagi yang masih rasa sangsi dengan keputusan aku cadangkan buat sembahyang isthikarah.supaya diberikan petunjuk.kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.ingat tu ! (:

selamat mencuba ! (:

sekadar berkongsi :

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum,
Jika kamu mencintai kerana dia kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tapi nafsu
Jika kamu mencintai kerana takot dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan,
Jika kamu mencintai dia kerana dia baik,itu bukan cinta tapi rasa terima kasih,
Tetapi jika mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu mencintainya itulah cinta yang sesungguhnya (:

1 comment:

  1. pernah j laa rasa cmnie yunk . kuat tak kuat j nak hadapi semua nie ;D

    ReplyDelete