saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Saturday, March 31, 2012

Wajib tonton! Review 7 Petala Cinta

Assalamualaikum cinta :D ( ala ala hamka dalam petala cinta sikit :P )

Selamat pagi semua ! ^_^

Minggu lepas saya berpeluang menonton filem 7 petala Cinta di pawagam. Walaupun actually cerita tu dah seminggu keluar tapi tak mengapa. tetap gagah juga tengok macam cerita tu baru keluar hari tu.

Oke back to the tajuk entry. Saya nak buat review sikit pasal cerita ni. Walaupun dah lama, tapi takpe, ini review daripada pandangan saya.

Starting cerita ni sangat menarik. Di mana starting cerita hamka dan nafisah bertunang. Tapi tak nak cerita panjang lebar. Sebab actually cerita ni korang memang wajib tengok ! Sangat bermotivated oke. suka sangat jalan cerita dia, scene dan juga kata2 dalam cerita ni.

Meh layan trailer dia kejap.





Dan yang paling saya suka sekali kata2 bila scene Hamka berkata dengan Nafisah :
" Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, Cinta bukan menyedihkan tapi menggembirakan" .

Dan ada banyak lagi part yg memang boleh dikatakan sangat sweet dan sangat bermakna. Scene kelakar pun ada juga diselitkan.

Serius cakap tak rugi korang tengok cerita ni.. Dan boleh dikatakan lagi best daripada Nur Kasih The Movie. Betul cakap. Kalau saya, saya bagi 9/10 untuk 7 Petala Cinta ni :) .

p/s: Nak lagi feel sila tengok sorang-sorang kat rumah tau :)

Friday, March 30, 2012

Late night



I do no why, but it happens
When i sudden wake up at the middle night..
My tears sudden come out
And i started realized that
I really miss u..


Saturday, March 24, 2012

simply cook : sardine sandwich :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni let me be your chef ok. hi :D
Menu untuk hari ni dan malam ni simple je. Sardine Sandwich atau bole je panggil roti sardin kan.

Ok taknak cakap panjang2. lets we start now.

Jeng jeng jeng..

Bahan2nya ialah:
1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih.


Sardin. Ini bahan wajib kena ada ! saya guna sardin ayam brand.


Roti buku. Gardenia my choice. depend lah korang nk guna jenama apa.


Tomato dan juga timun. 


 Cara-caranya:
1. Pertama sekali, kita panaskan minyak. just letak sikit je. jangan byk2. then masukkan bawang besar dan bawang putih yg telah dimayang tadi.

2. Dah agak naik bau, masukkan lada kisar. Saya masukkan satu sudu je, sebab taknak pedas sangat. Tapi kalau rasa-rasa nak pedas, bole letak lebih, dalam 2 atau 3 sudu ke.

3. Then, dah garing lada tu, masukkan sardin tadi. Letak air sikit. Sikit je dalam suku tin sardin tu.

4. Taruk garam dan ajinomoto secukup rasa. Then cuba rasa sikit. Kalau rasa ok. Cukup jangan tambah lagi.

5. Lepas tu, macam saya suka ada masam2 sikit. Boleh lah taruk asam keping satu je. Jangan banyak. Nanti masam pula.

6. Dan akhir sekali bila dah agak2 dah masak semua. Angkat.

7. Dah siap ! Ni baru siap masak sardin. haha. ada lagi step lain.

8. Ok. Then bole lenyek2 sardin yg dah masak tadi.

before dilenyek

after dilenyek :P


9. Ambil roti, letak sardin yg dah hancur tu.. letak timun dan tomato sampai jadi macam dalam gambar ni.


10.Ok then siap dan boleh dihidangkan dengan air teh ! Ummphh. See :D




p/s: If korang nak Ummph lagi bole taruk mayonis atau planta. Serius sedap.

Selamat mencuba !
Saranan menu ni untuk makan pagi atau pun minum petang. :) .

Pain.

Ya Allah.. sakitnya :'(



Thursday, March 22, 2012

Hati

Ya Allah jaga hatiku dan hatinya


Selamat malam.

berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih teringat lagi ketika saya baru mula-mula menjejakkan kaki ke kolej untuk menyambung pelajaran. Ketika pertama kalinya sampai ke situ, saya berasa begitu teruja dan juga tidak sabar untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan baru di sana. Bagaimana kah keadaan belajar di kolej berbanding di sekolah biasa, memandangkan sebelum ini saya mengambil STPM.. dan serius saya katakan, setiap hari saya menangis kerana memikirkan STPM..begitu sukar.. Disamping melihat rakan-rakan lain sudah ke kolej, universiti dan matrik, saya terasa sedikit kerdil disitu.  Mengambil jurusan jurupulih perubatan anggota atau dikenali sebagai fisioterapi yang pada ketika itu saya pun masih tidak jelas mengenai bagaimana kerjayanya. Namun saya bertekad ingin mendalaminya.

Pada awal sem dengan azam dan tekad dan baru saya cuba untuk tekun mendengar kuliah dan mengulangkaji pelajaran. Benda baru kan, biasanya begitu. Tapi semakin lama semakin susah pula saya rasakan.. Serius saya katakan bidang ini sebenarnya amatlah susah.. Dengan menghafal itu ini lagi..

Rakan-rakan yang lain turut membantu sama.. Ditambah dengan kelas malamnya..Bila nak exam je macam biasa la. study mesti last minit ! >.< .Nak study awal, mmg akan lupa lepas tu ( adik-adik jangan tiru yg ni ye) :P . Ada satu malam tu, kami semua study beramai-ramai dalam satu bilik tb, study yang memerlukan praktikal, tak bole nak baca sorang2 kan. So kami decide untuk kumpul dan sama2 praktik. Malam tu, mmg tak cukup tidur, tidur sekejap just untuk hilangkan mengantuk. Dan bila bangun, orang lain pula take turn tidur dan yg bangun sambung semula berpraktis beramai-ramai ( rindu time ni T_T ).

Memang tak diakui menjadi seorang pelajar nak ke alam kerjaya tu memang sukar dan mencabar sangat. Macam2 dugaan. Tapi hati kena kuat. Azam kena tinggi. Itu yang saya selalu sangat pesan dalam diri.

Saya mengaku, dulu saya pernah repeat paper. Time ni baru saya faham macam mana perasaan kawan-kawan yang pernah repeat juga, seingat saya, masa ni Tahun 2 Sem 2.. Orang lain semua cuti.. tapi saya masih lagi kat asrama study dan study.. Perasaan takyah cakapla kan.. sangat sedih dan sebak.. Dugaan..

Sekarang semua cerita ni dah berlalu.. kalau nak cerita lagi pasal cerita dekat kolej dulu mmg banyak.. Tapi cuma nak sampaikan yang menjadi pelajar ni memang banyak sangat cabaran. Tapi percaya lah, nnti bila anda dah habis, dan dah nak kerja. Perasaan dia sangat tenang.

Alhamdulillah sekarang saya dah nak bekerja. ( Oke memang tak percaya, tgh bayangkan macam mana saya kerja =.=' ) .  Betul lah kata-kata pepatah ni " Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".
gambar sekadar hiasan

Pesanan kepada yang masih belaja lagi :
Please jangan give up! Kuatkan, cekalkan hati dan sentiasa ingat pepatah mcm tajuk entry ni :)

p/s: Insyaallah nak sambung belaja lagi ke peringkat lebih tinggi jika berkesempatan :)