saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Sunday, November 20, 2011

Hebatnya Cinta Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf as ;')

Siti Zulaikha asalnya adalah isteri pembesar Mesir.Dulu ia hidup dalam kemuliaan dan kemewahan,di samping wajahnya yg cantik dan menawan.Namun akhirnya setelah suaminya tiada,ia menjadi miskin,wajahnya menjadi tua,namun demikian,kecintaannya terhadap Nabi Yusuf as tidak berkurang walaupun sedikit. Malah sebaliknya makin bertambah dari sehari demi sehari.

Ketika keadaannya begitu mengecewakannya,ia yg dulunya menyembah
berhala kini berhala-berhala tersebut di hempasnya hingga pecah dan hancur. Kemudian ia menjadi orang beriman kapada Allah SWT.

Pada suatu malam iaitu malam Jumaat,Siti Zulaikha bermunajat
kpd Allah SWT :"Ya Allah,tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal,semuanya telah musnah,dan aku telah menjadi orang yg tua,terhina dan miskin.Lalu Engkau uji pula hamba-Mu ini dgn rasa cinta terhadap Yusuf as.Maka pertemukanlah aku dgnnya, atau Engkau hilangkan rasa cinta terhadapnya dalam kalbuku."
Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata
: "Wahai Tuhan kami,sesunguhnya Zulaikha telah dating ke hadrat-Mu,memohon
kpd-Mu dgn iman dan ikhlas.Maka Allah berfirman :Wahai para malaikat-Ku ,telah dekat masa keuntungan dan kebebasannya."

Pada suatu hari,Nabi Yusuf as berjalan melalui pondok Siti Zulaikha
bersama dgn rombongan tenteranya.Maka keluarlah Siti Zulaikha dari dlm pondoknya, dan pergi menemui rombongan Yusuf as ia berkata :"Maha Suci Allah
yg telah menjadikan dgn rahmat-Nya seorg hamba sebagai raja.
Kemudian Yusuf bertanya :"Siapakah engkau?Zulaikha menjawab :Aku adalah org yg telah membelimu dgn permata,intan,berlian,emas,dan perak,dan
minyak yg paling wangi.Akulah org yg tidak pernah kenyang dari makanan semenjak aku menyintaimu dan mataku tidak dapat ditutupkan semenjak memandangmu. 
Yusuf berkata :Mungkin engkau adalah Zulaikha! Jawab Zulaikha :Benar."
Yusuf bertanya lagi :"Ke manakah hartamu ,kecantikan dan segala kemewahanmu yg dulu? Zulaikha menjawab :Semuanya telah lenyap akibat cintaku
kpdmu.Yusuf bertanya : Bagaimana dgn keadaan cintamu itu?
Zulaikha berkata :Cintaku tetap tidak berubah seperti dahulu,malah
setiap saat bertambah menyintaimu."
Kemudian Nabi Yusuf as berkata kpd Zulaikha :"Apakah yg Engkau
inginkanwahai Zulaikha?

Zulaikha menjawab :Aku menginginkan tiga perkara,iaitu kecantikan,harta,dan perkahwinan".Kemudian Yusuf as ingin pergi meniggalkan Zulaikha,namun Allah SWT mewahyukan kpdnya :"Wahai Yusuf engkau telah berkata kpd Zulaikha apa yg engkau inginkan.Akan tetapi engkau tidak memberi jawapan atas keinginannya itu.Ketahuilah olehmu bahawasanya Allah telah mengahwinkan Zulaikha dgnmu,Dia telah mengucapkan khutbah sendiri,disaksikan oleh para Malaikat dan bidadari-bidadari pun telah menabur bunga-bunga.
Nabi Yusuf as berkata kpd Jibril as:"Wahai Jibril,sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memiliki harta,dan kecantikan.Jibril as menjawab: Allah berfirman kpdmu :Walaupun Zulaikha tidak memiliki kecantikannya lagi,namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaan dan kebesaran."

Kemudian Allah SWT memberikan kpd Zulaikha dgn paras rupa yg muda dan
sangat cantik sekali,melebihi kecantikan yg pernah dimilikinya dulu.Lalu Allah menanamkan rasa cinta dan kasih saying kedalam hati Yusuf as.Sebelumnya Nabi Yusuf as sebagai org yg dicintai,namun sekarang Nabi Yusuf as menjadi pencinta. Dulu, Zulaikha sebagai org mencintai namun sekarang menjadi org yg dicintai. Akhirnya Nabi Yusuf membawa Zulaikha ke singgahsananya.

Ketika Nabi Yusuf ingin bermesra dgn Zulaikha,di lihatnya Zulaikha baru
sahaja mengerjakan solat,kerana itu,ia pun menunggu sampai Zulaikha siap
menunaikan solat.Setelah lama menunggu,namun Zulaikha belum selesai
mengerjakan solatnya.

Nabi Yusuf as pun tidak sabar lagi dan berkata :"Wahai
Zulaikha,bukankah dahulu engkau telah mengoyakan bajuku ketika aku
hendak lari daripadamu?"
Zulaikha lalu memberi salam,kemudian ia berkata:"Memang dahulu aku begitu,namun sekarang hatiku tidak seperti dahulu ."Setelah memjawab
ucapan Nabi Yusuf as maka Siti Zulaikha ingin melanjutkan solatnya.Akhirnya
Yusuf menarik baju Zulaikha ke arahnya,maka baju itu menjadi koyak.Kemudian
Jibril turun mengatakan :"Wahai Yusuf,baju dibalas baju,maka terhapuslah
cercaan yg terjadi antara engkau dan Zulaikha dahulu."

Cinta yg berlandaskan keimanan dan ketaqwaan akan dibalas dgn kebahagiaan
dunia dan akhirat dan kekal bersama-sama keyurga.

Sungguh hebat cinta hamba-Mu,kerana mereka melabuhkan cinta kepada-Mu
dahulu barulah mereka merintih cinta seorg manusia.Allah telah menentukan
siapa jodoh kita,dan kita hendaklah menerima seadanya dgn penuh syukur dan redha.

Sesungguhnya Allah berkuasa terhadap makhluknya.Dia menanamkan setiap
makhluknya dgn rasa kasih sayang dan cinta setiap pasangan yg telah ditentukan oleh-Nya.Oleh itu ,marilah kita sama-sama menjaga cinta kita kpd kekasih-Nya Muhammad Rasulullah SAW dan cinta sejati-cinta kepada Ilahi
lebih dari segala-galanya.

Saturday, November 19, 2011

pengalaman atau usia?yang mana mematangkan kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila ditanya,apakah perkara yang membuatkan anda matang ? Ada yang menjawab,"bila sesuatu jadi dekat aku,aku jadi lebih matang nak fikir yang akan datang ni.jadi lebih berhati."Tak kurang juga ada yang menjawab macam ni,"makin lama hidup kat muka bumi ni,aku rasa dah kenal macam2 perangai manusia,dah masak lah satu satu."

Jadi diantara dua ni mana yang dikategorikan sebagai matang daripada pengalaman atau pun dari usia?Anda fikirkan :)

Memang tak diakui sesetengah orang tu,belum pun umur akil baligh lagi,tapi dah cukup matang.Matang sebab apa?sebab pengalaman dia.thats means kehidupan sekeliling dia.Seperti contoh,seorang anak yang mak dan ayah dia berpisah sejak dari dia kecil dengan seoranga nak yg mak dan ayh masih bersama sampai dia dewasa.antara dua ni,sudah tentu lah yang anak yang mak ayah dia dh berpisah.kenapa?kenapa saya cakap macam tu?disebabkan dia ada pengalaman macam tu kecil kecil lagi.ada pengalaman untuk berdikari sorang sorang tanpa ayah atau mak.cuba ada salah seorang je.dia akan jadi lebih matang.matang dengan pengalaman.bukan usia.

Dan kalau nak cakap pasal usia ni pula,tak semua bila usia dah meningkat dia akan matang.thats means tak kan sama setiap individu walaupun mereka punya umur yang sama.

For me,pengalaman lah yang banyak mematangkan kita menjadi manusia yang lebih berjaya dan berguna.Sebab apa?sebab manusia ni kebanyakkannya bila dah tersungkur baru dia akan bangun dan tersedar dan berfikir balik.Itu lumrah,tak dapat dinafikan.

Pengalaman pun sangat sangat penting,untuk apa ? supaya kita dapat tolong orang lain yang sedang mengalami situasi yang sama dengan kita.

Last but not least,semuanya terserah pada diri anda untuk menilainya. :)
sumber: iluvislam.com.my 

Saturday, October 15, 2011

Andainya lelaki tahu :')


Andai lelaki tahu..Apabila seseorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan airmatanya,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan banyak bercakap,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU',itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki tiu sendiri merasai cintanya,bukan hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia sangat rindukan kamu,dia memang benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.

Andainya lelaki tahu...Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya,perempuan itu tampak lemah tapi dia punyai kekuatn sendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh membuatkan lelaki menjadi lemah kerananya.

last but not least,
Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.. :')


renungkan :)

Tuesday, October 11, 2011

terima kasih jadikan saya KUAT !

Dulu2 saya selalu saja bertepuk sebelah tangan,
tapi takpa awak,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Pernah saya dikecewakan sebab CINTA,
tapi takpa CINTA,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Saya selalu sahaja mengalah walau apa hal pun
tapi takpa,Allah kan ada,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Mak saya tak bagi saya menangis depan dia sebab itu tanda LEMAH,
tapi takpa mama,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Pernah je saya GAGAL dalam ujian,
tapi takpe GAGAL,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Saya pernah jatuh beberapa kali dalam HIDUP,
tapi takpa sebab apa ?
sebab semua tu buatkan saya lagi KUAT.
terima kasih ALLAH! ^____^

Sunday, October 9, 2011

belajar la memaafkan daripada membenci/berdendam

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^ (sekarang saya suka dengan icon ini pula)

Mungkin ada yg pernah membenci/berdendam dengan seseorang.akhirnya..takda dapat apa apa kan malah makin kuat pula fikiran kita pada yg dibenci itu.

Renungkan....
Tak guna untuk simpan semua perasaan benci/dendam itu.saya bercakap daripada pengalaman.ye memang sakit bila kita disakiti oleh orang lain.ataupun orang yg kita benci tu sangat meluat kita tengok.
Belajar belajar dan belajarlah untuk kita MEMAAFKAN....
its hard,but better to try first..

Tau tak kebanyakan yang ingin membenci/berdendam kepada seseorang tu akan menyebabkan dia lagi memikirkan org yg dibenci tu ?
Buktinya bila anda benci mesti anda selalu fikirkan dia kan ?Rasa menyampah geram semua.
Cuba la kalau anda memaafkan...anda sendiri dan mungkin orang tu akan rasa tenang.bukan kah lebih baik ?

Biarlah apa pun yang org itu lakukan pada kita,ingat Allah kan ada ^_^ .DIA maha mengetahui setiap sesuatu.Kalau org yg dibenci tu buat kita.Kita serahkan saja pada Allah.

Memang susah tapi saya nampak lagi banyak kebaikan dia bila kita memaafkan orang.

So renung renungkan kawan ^_^

Saturday, September 10, 2011

Jika anda diberikan dua pilihan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pernah atau adakah korang sedang mengalami situasi di mana korang diberi dua pilihan dalam satu masa.tak kisah la pilih pasangan ke,atau mugkin benda?atau pun mungkin kerjaya ?dan yang sekutu dengannya.

Mesti sangat pening bila berada dekat situasi ni dan taktau apa nak buat.kalau yang nak pilih pasangan,bolehlah diibaratkan macam lagu ni :



haaaa.apa nak buat ni.tak tau kan.nak pilih mana yee ??meh baca tips kat bawah.

1. Bertenang
Aku rasa yang ni paling penting sekali bila korang rasa cemas taktau nak buat apa.tarik nafas panjang2 dan lepas kan.Sebab apa bila bertenang baru boleh berfikir dengan baik.

2. Tanya pandangan org lain
Yang ni sebagai guide untuk korang.Yelah mana tau org yg korang tanya tu lebih banyak pengalaman dia.Secara tak langsung pendapat yang akan dia bagi mesti bernas dan boleh dipakai guna.Jangan malu nak bertanya.sebab malu bertanya sesat jalan kan.so tanya sebanyak mana yang korang nak tanya.

3. Senaraikan keburukan dan kebaikan
Oke pilih korang dah rasa nak pilih yang tu,cuba korang senaraikan dalam satu kertas ke apa kebaikan dan keburukan dia.dan lepas tu tulis juga untuk pilihan yang kedua.cuba banding antara dua,mana yang banyak kebaikan dia.haaa yang tu lah terbaik untuk korang.tapi nanti dulu,tengok tips kat bawah lagi (:

4. Buat keputusan dengan bijak !
Yang ni sangat penting sebab apa keputusan yang bijak mesti dapat memberikan keputusan yang memuaskan.Cuba tengok balik senarai keburukan dan kebaikan yang korang dah listkan tu dan cuba masukkan juga pendapat dari orang lain yang berpengalaman yang korang dah tanya.Nilai sehabis mungkin.

5.Tawakkal dan berdoa
Akhir sekali bila korang dah berani buat keputusan,banyakkanlah berdoa.bagi yang masih rasa sangsi dengan keputusan aku cadangkan buat sembahyang isthikarah.supaya diberikan petunjuk.kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.ingat tu ! (:

selamat mencuba ! (:

sekadar berkongsi :

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum,
Jika kamu mencintai kerana dia kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tapi nafsu
Jika kamu mencintai kerana takot dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan,
Jika kamu mencintai dia kerana dia baik,itu bukan cinta tapi rasa terima kasih,
Tetapi jika mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu mencintainya itulah cinta yang sesungguhnya (:

Monday, September 5, 2011

oh oh balik balik kerja ! T_T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Pejam celik pejam celik dah habis cuti T_T .sapa geng dengan aku mari sep sep!
Aku pulak pagi tadi dengan rasa berat hati kemas kemas barang packing siap nak balik praktikal dekat terengganu.rasa hati toksah nak cakap.sedeyyyyy .

Aku naik bas TRANSNASIONAL.motif CAPSLOCK?haha.sebab aku tahu bus ni ramai org nak naik kan.rasa selamat gituu.eceh. :D
Aku serik kot nak naik SP BUMI.dah la dua tingkat !aku kalau boleh nak elak.tengok tengok dapat jugak.itu cerita masa aku nak balik raya hari tu.aku tak tido kot naik bas tu,bersengkang mata.risau gilaa. =.=

Perjalanan aku daripada Terminal one SEREMBAN ke Kuala Terengganu adalah makan masa dalam 8 jam.Tapi aku tak bosan pun sebab aku ada peneman dalam bus.hehe.



jeng jeng jeng.Semerah Simpulan Cinta !
tengok tajuk dah tau kan komik ni jiwang.haha.takpe.aku suka :D

Tapi komik ni sangat best.tak rugi beli tau.aku promote kat korang semua yang mana baru nak berjinak bercinta ke.bila baca komik macam ni.korang akan rasa feel even tak bercinta pun.haha.sapa SINGLE lagi wajib kena baca ! :P

Eh aku lupa nak cerita.satu babak yang aku tak boleh nak lupa bila masa mula naik bus tadi.Masuk masuk je aku cepat2 ambik seat tepi tingkap.supaya aku dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah.Aku ni pencinta Alam kalau nak tahu.huahua~
Babak yang aku nak cerita ni memang buatkan aku rasa nak menangis bila mana situasi budak perempuan depan aku telefon mak dia yang ada dekat luar bus tu je.gila sweet tau.telefon sambil tengok mak dia kat luar bus.mak dia pun tengok anak dia kat dalam bus sambil cakap cakap.aku pulak kat belakang ni tengok rasa sebak. T_T .tapi sumpah sweet !mak dia lambai2.

Kali ni bila naik bus TRANSNASIONAL aku nyenyak kot tidur.siap mimpi2.haha. :P .jgn jeles.
Aku jaga jaga je dengar lagu raya suasana hari raya =.= .spoil betul lah.part yang buat aku rasa semangat balik bila dengar lirik ni "susasan hari raya walau dimana pun jua,memberikan ketengan dan mententeramkan jiwa" .oh sedih tapi aku senyum (:

Lepas tu lagu Adira pulak.ala yang ada dalam cerita AWAN DANIA tu.tajuk ilusi.tapi tiap kali lagu ni pasang je,aku mesti akan terbayang video ni...

haha ce cube korang tengok.klako klako. :P

dan lepas tu aku tidur balik la.HAHA.dipendekkan cerita aku sampai lah Kuala Terengganu.lepas tu pergi makan dan balik rumah sewa.kawan aku jemput. :D

aku harap esok dapat PRAKTIKAL dengan tenang. =.= 


kepada semua "berhati hati lah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang".tetiba je aku :P