saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Saturday, October 15, 2011

Andainya lelaki tahu :')


Andai lelaki tahu..Apabila seseorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan airmatanya,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan banyak bercakap,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU',itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki tiu sendiri merasai cintanya,bukan hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia sangat rindukan kamu,dia memang benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.

Andainya lelaki tahu...Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya,perempuan itu tampak lemah tapi dia punyai kekuatn sendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh membuatkan lelaki menjadi lemah kerananya.

last but not least,
Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.. :')


renungkan :)

Tuesday, October 11, 2011

terima kasih jadikan saya KUAT !

Dulu2 saya selalu saja bertepuk sebelah tangan,
tapi takpa awak,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Pernah saya dikecewakan sebab CINTA,
tapi takpa CINTA,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Saya selalu sahaja mengalah walau apa hal pun
tapi takpa,Allah kan ada,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Mak saya tak bagi saya menangis depan dia sebab itu tanda LEMAH,
tapi takpa mama,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Pernah je saya GAGAL dalam ujian,
tapi takpe GAGAL,
terima kasih jadikan saya KUAT !

Saya pernah jatuh beberapa kali dalam HIDUP,
tapi takpa sebab apa ?
sebab semua tu buatkan saya lagi KUAT.
terima kasih ALLAH! ^____^

Sunday, October 9, 2011

belajar la memaafkan daripada membenci/berdendam

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^ (sekarang saya suka dengan icon ini pula)

Mungkin ada yg pernah membenci/berdendam dengan seseorang.akhirnya..takda dapat apa apa kan malah makin kuat pula fikiran kita pada yg dibenci itu.

Renungkan....
Tak guna untuk simpan semua perasaan benci/dendam itu.saya bercakap daripada pengalaman.ye memang sakit bila kita disakiti oleh orang lain.ataupun orang yg kita benci tu sangat meluat kita tengok.
Belajar belajar dan belajarlah untuk kita MEMAAFKAN....
its hard,but better to try first..

Tau tak kebanyakan yang ingin membenci/berdendam kepada seseorang tu akan menyebabkan dia lagi memikirkan org yg dibenci tu ?
Buktinya bila anda benci mesti anda selalu fikirkan dia kan ?Rasa menyampah geram semua.
Cuba la kalau anda memaafkan...anda sendiri dan mungkin orang tu akan rasa tenang.bukan kah lebih baik ?

Biarlah apa pun yang org itu lakukan pada kita,ingat Allah kan ada ^_^ .DIA maha mengetahui setiap sesuatu.Kalau org yg dibenci tu buat kita.Kita serahkan saja pada Allah.

Memang susah tapi saya nampak lagi banyak kebaikan dia bila kita memaafkan orang.

So renung renungkan kawan ^_^

Saturday, September 10, 2011

Jika anda diberikan dua pilihan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pernah atau adakah korang sedang mengalami situasi di mana korang diberi dua pilihan dalam satu masa.tak kisah la pilih pasangan ke,atau mugkin benda?atau pun mungkin kerjaya ?dan yang sekutu dengannya.

Mesti sangat pening bila berada dekat situasi ni dan taktau apa nak buat.kalau yang nak pilih pasangan,bolehlah diibaratkan macam lagu ni :



haaaa.apa nak buat ni.tak tau kan.nak pilih mana yee ??meh baca tips kat bawah.

1. Bertenang
Aku rasa yang ni paling penting sekali bila korang rasa cemas taktau nak buat apa.tarik nafas panjang2 dan lepas kan.Sebab apa bila bertenang baru boleh berfikir dengan baik.

2. Tanya pandangan org lain
Yang ni sebagai guide untuk korang.Yelah mana tau org yg korang tanya tu lebih banyak pengalaman dia.Secara tak langsung pendapat yang akan dia bagi mesti bernas dan boleh dipakai guna.Jangan malu nak bertanya.sebab malu bertanya sesat jalan kan.so tanya sebanyak mana yang korang nak tanya.

3. Senaraikan keburukan dan kebaikan
Oke pilih korang dah rasa nak pilih yang tu,cuba korang senaraikan dalam satu kertas ke apa kebaikan dan keburukan dia.dan lepas tu tulis juga untuk pilihan yang kedua.cuba banding antara dua,mana yang banyak kebaikan dia.haaa yang tu lah terbaik untuk korang.tapi nanti dulu,tengok tips kat bawah lagi (:

4. Buat keputusan dengan bijak !
Yang ni sangat penting sebab apa keputusan yang bijak mesti dapat memberikan keputusan yang memuaskan.Cuba tengok balik senarai keburukan dan kebaikan yang korang dah listkan tu dan cuba masukkan juga pendapat dari orang lain yang berpengalaman yang korang dah tanya.Nilai sehabis mungkin.

5.Tawakkal dan berdoa
Akhir sekali bila korang dah berani buat keputusan,banyakkanlah berdoa.bagi yang masih rasa sangsi dengan keputusan aku cadangkan buat sembahyang isthikarah.supaya diberikan petunjuk.kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.ingat tu ! (:

selamat mencuba ! (:

sekadar berkongsi :

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum,
Jika kamu mencintai kerana dia kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tapi nafsu
Jika kamu mencintai kerana takot dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan,
Jika kamu mencintai dia kerana dia baik,itu bukan cinta tapi rasa terima kasih,
Tetapi jika mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu mencintainya itulah cinta yang sesungguhnya (:

Monday, September 5, 2011

oh oh balik balik kerja ! T_T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Pejam celik pejam celik dah habis cuti T_T .sapa geng dengan aku mari sep sep!
Aku pulak pagi tadi dengan rasa berat hati kemas kemas barang packing siap nak balik praktikal dekat terengganu.rasa hati toksah nak cakap.sedeyyyyy .

Aku naik bas TRANSNASIONAL.motif CAPSLOCK?haha.sebab aku tahu bus ni ramai org nak naik kan.rasa selamat gituu.eceh. :D
Aku serik kot nak naik SP BUMI.dah la dua tingkat !aku kalau boleh nak elak.tengok tengok dapat jugak.itu cerita masa aku nak balik raya hari tu.aku tak tido kot naik bas tu,bersengkang mata.risau gilaa. =.=

Perjalanan aku daripada Terminal one SEREMBAN ke Kuala Terengganu adalah makan masa dalam 8 jam.Tapi aku tak bosan pun sebab aku ada peneman dalam bus.hehe.



jeng jeng jeng.Semerah Simpulan Cinta !
tengok tajuk dah tau kan komik ni jiwang.haha.takpe.aku suka :D

Tapi komik ni sangat best.tak rugi beli tau.aku promote kat korang semua yang mana baru nak berjinak bercinta ke.bila baca komik macam ni.korang akan rasa feel even tak bercinta pun.haha.sapa SINGLE lagi wajib kena baca ! :P

Eh aku lupa nak cerita.satu babak yang aku tak boleh nak lupa bila masa mula naik bus tadi.Masuk masuk je aku cepat2 ambik seat tepi tingkap.supaya aku dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah.Aku ni pencinta Alam kalau nak tahu.huahua~
Babak yang aku nak cerita ni memang buatkan aku rasa nak menangis bila mana situasi budak perempuan depan aku telefon mak dia yang ada dekat luar bus tu je.gila sweet tau.telefon sambil tengok mak dia kat luar bus.mak dia pun tengok anak dia kat dalam bus sambil cakap cakap.aku pulak kat belakang ni tengok rasa sebak. T_T .tapi sumpah sweet !mak dia lambai2.

Kali ni bila naik bus TRANSNASIONAL aku nyenyak kot tidur.siap mimpi2.haha. :P .jgn jeles.
Aku jaga jaga je dengar lagu raya suasana hari raya =.= .spoil betul lah.part yang buat aku rasa semangat balik bila dengar lirik ni "susasan hari raya walau dimana pun jua,memberikan ketengan dan mententeramkan jiwa" .oh sedih tapi aku senyum (:

Lepas tu lagu Adira pulak.ala yang ada dalam cerita AWAN DANIA tu.tajuk ilusi.tapi tiap kali lagu ni pasang je,aku mesti akan terbayang video ni...

haha ce cube korang tengok.klako klako. :P

dan lepas tu aku tidur balik la.HAHA.dipendekkan cerita aku sampai lah Kuala Terengganu.lepas tu pergi makan dan balik rumah sewa.kawan aku jemput. :D

aku harap esok dapat PRAKTIKAL dengan tenang. =.= 


kepada semua "berhati hati lah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang".tetiba je aku :P

Saturday, August 13, 2011

Tips jadi POSITIF.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hopeful korang semua sihat saja (:

Pernah tak korang rasa down ? thats mean rasa sangat tak berguna or anything.
Jangan jangan fikir macam itu,bahaya.

Cuba ubah persepsi tu untuk fikir macam ni,oke ada hikmah semua itu.kan lebih baik.
Jadi Positif tak susah,tapi its take a time,kat bawah ni ada tips untuk ada yg ingin berubah :

1. Oke bila anda rasa anda susah,cuba fikir orang lain yang lagi susah dari anda.Contoh,kalau anda hanya ada motosikal je,kereta takda,bila hujan habis basah lenjun."ish,susah la takda kereta ni ! " .jangan jangan cakap macam tu,cuba ubah, " alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku ada motor,ada lagi orang susah takda motor,jalan kaki je panas-panas.

2. Oke,bila sesuatu terjadi kepada anda.Macam dugaan yang Allah nak bagi,contohnya bila putus tunang akibat orang ketiga dan anda dapat tahu awal.Jangan pula rasa nak bunuh diri dan rasa tak nak hidup lagi.come on,kita kan ada Allah (: .thats mean Allah sayang kita,dia dah tunjuk sifat sebenar pasangan kita awal awal lagi sebelum kita kahwin dengan dia.Sepatutnya,ubah.oke semua ni ada hikmahnya.Allah lebih mengetahui.kan indah. (:

3. Oke,situasi yang ni mungkin ramai je ada.Seorang kawan anda,selalu je bercakap pada anda yang buruk-buruk.Seolah macam semua salah anda.Jangan pula kita lawan cakap buruk juga.Allah kan ada.fikir positif.Mintak pada Allah supaya dia berubah.memang payah sikit.tapi lama lama mesti boleh ! (:

4. Bila tengok orang pandang-pandang kita je cakap dia mengata.Oh no!jangan berfikir macam tu.Entah betul entah tak.nanti tak pasal pasal jeling orang sekeliling sebab ingat semua macam tu.Cuba fikir,"eh pandang aku mungkin sebab aku cantik kan.atau mungkin dia rasa macam kenal".haa kan baik macam ni.dalam masa yang sama cas positif akan tersebar dan anda akan jadi lebih menawan ! (:

5. Oke.bagi yang ke 5 ni .Situasi dia bila mak atau ayah kita marah-marah dekat kita.Jangan melawan.kan berdosa,cuba fikir positif macam ni,"mungkin sebab mak ayah sayangkan aku" .dalam masa yang sama kita tak dikira menderhaka kan.

Semoga korang semua dapat jadi seorang yang positif dengan mengubah fikiran menjadi positif.

p/s :siapa tahu si negatif berubah kerana fikiran positif anda.dah dapat pahala anda kat situ.



Friday, August 12, 2011

Saya tak tahu sapa awak,tapi saya tetap rindu awak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila terjaga dari tidur je,saya selalu fikirkan awak.Apa awak buat ? awak dengan siapa ? Tau tak,kadang kadang malam sebelum tidur,saya teringatkan awak.

Selepas je saya solat,saya selalu doakan untuk awak.Semoga awak di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Saya selalu doa tu.Saya doa juga semoga saya dapat jumpa awak secepat yang mungkin.serious...saya sangat rindukan awak ;'( .

Awak,awak kena tahu sesuatu,tiap tiap hari pun saya selalu ternantikan awak.every second pun.Awak,saya harap awak kuat dengan dugaan dekat luar sana,dunia macam macam dugaannya.Yang paling penting awak kena tahu,Allah kan ada (:



Saya tak tahu sapa awak,tapi saya tetap rindu awak..JODOH ku :')