saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Monday, May 23, 2011

Beza SUKA dan CINTA



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.



6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira. :)


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Wednesday, May 18, 2011

I`m Sorry! (bukan Amir Raja Lawak ;P )

gambar sekadar hiasan ;P

Assalamualaikum semuanyeerr dan salam rindu-rinduan ni ha (:

First of all nak mintak maap sangat banyak-banyak sebab dah lama tak tulis entry baru dlm blog ni.Sori saya terbzkan diri ini.hua.sangat lah bz.terutama disebabkan klinikal yang amat pjg sekali untuk sem 5 ni.

Rindu tak ? rindu tak ?Of course aku rindu dengan korang tau.alahai cuwetttnye ;P .
nantikan entry lepasni tau.sayang korang lah! (:




Sunday, April 10, 2011

AISHITERU(AKU CINTA PADAMU) -ZIVILLA



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Owu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru

Saturday, April 9, 2011

penangan HANTU KAK LIMAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang (:

Sapa yang tak kenal denga cerita hantu kak limah ni arahan MAMAT KHALID .Citer ni mmg dah lama ditayangkan kat panggung panggung wayang.Tapi tetap je orang sebut sebut kat mana mana je.

Meh aku nak ceritakan serba siit sinopsis filem ni*bagi seseiapa yang tak tgk lagi.

Cerita ni bermula daripada AWIE yang baru pulang daripada singapura.pelbagai kejadian aneh berlaku dekat kampung dia selepas dia pulang terutamanya cerita mengenai HANTU KAK LIMAH.tapi disebabkan tak tahu apa apa.Si AWIE ni dok tegur tegur je KAK LIMAH.Cerita ni membongkar misteri tentang wanita bernama KAK LIMAH dekat KAMPUNG PISANG.nak tau lagi cerita dia?baik korang tgk sendiri ;P.tak rugi tgk,aku berani jamin!

p/s: cerita ni sebenarnya kesinambungan daripada ZOMBI KAMPUNG PISANG.so pelakon pelakon dia org yg sama berlakon dlm cerita nih.


Apa istimewanya citer HANTU KAK LIMAH ni ?

Mungkin sbb kena dgn org kita yg sukakan cerita lawak yg tak serabut kepala nak pikir kan jalan cerita dia.*termasuk aku.

Yang aku perasan lah sekarang penangan HANTU KAK LIMAH ni dah sampai terbawak bawak dekat kawan kelas aku.
Boleh katakan berapa kali dia dok lang ulang pasang cerita KAK LIMAH ni sampaikan aku rasa semua dialog dia aku pun dah naik hafal.Mana taknya dah aku sebilik dengan dia =.= .Silap silap MAMAT KHALID ambik aku jadik pelakon dia nanti : p *perasan kejap.

Oke yang jadi tak boleh nak blah kan bila USOP WILCHA tu.yang tak kenal ni ha aku masukkan gmbau dia.


bila lah aku nak jadik watak HERO pulak ;P


Disebabkan watak yang dia dok bwk dalam HANTU KAK LIMAH ni membuatkan sampai dia pun jadik famous walaupun dia bukan HERO dalam cerita nih.

Lagi satu aku rasa mesti ramai je yang suka tang dia ckp "kita bakor je!kita bakor" .sambil tangan digemelaikan.cpt bayangkan !

lagi satu yang tang johan cakap. wheelcha.and than USOP cakap balik."wheelchairlah.itulah pentingnya ENGLISH EDUCATION.*ku setuju jugak!*sambil tangan digemalaikan : p

Dan baru-baru ni jugak USOP WILCHA ni telah dipanggil bersama sama menjadi pengacara time nak umumkan artis paling pupulaor ABPH dan sedia maklumkan korang taukan siapa yang menang.Anugerah Paling Polpular Berita Harian 2010.oke meh saksikan USOP WILCHA umumkan kat bawah ni :


:dengan ini saya USOP WILCHA mengumumkan Anugerah ini jatuh kepada ,jatuh kepada SHAHEIZY SAM.*dialog dia aku reka sikitsikit ;p




yeah lepasni boleh lah aku kawin dengan LISA ; P.mak kalau setuju buat tgn mcm saya .he
(mungkin itu yg dikatakan di dlm hati sam ;P )
tapi aku suka SAM menang ! ^___^

Oke yang ni bagi aku lah.pendapat aku tentang citer kak limah ni.korang pulak macam mana ?atanyeee ~

info : HANTU KAK LIMAH ni berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 3juta dalam masa seminggu .

Saturday, April 2, 2011

kisah semalam :D

Assalamualaikum..salam sejahtera.kepada anda semoga berbahgia :D .(eceh menyanyi pulak aku : P )

Apa kabar korang kat luar sana.Hope sihat je.kalau tak sihat jugak,cepat cepat jumpa dgn doktor ye (: .

Ada apa dengan semalam?
Oh semalam kan aku pergi ke nilai.Nilai square nak beli baju kurung bagai.Yelah bln 6 ni nanti abg aku nak kawin dah.jom pakat ramai pi serang umah ayien ; P .

Macam biasa lah dah kalau pergi kelaur tu,tak sah kalau tak pergi makan.Hehe.Meh aku nak tontonkan jenis jenis lauk yang sempat aku tangkap.sbb diorang mkn laju kot :D



MEMPERKENALKAN :

Ha yang ni sayur kailan ikan masin.sedap jugak lah.lah! oke :D




Oke yang ni pulak telur bungkus.Belum sempat aku nk snap tgn diorang dah merayap ambik.See nmpak tgn org tu haaa..




gambar aku haruslah ada sbg bukti aku ikut.sebelah aku tu abg aku yg nak kawin tu.oke aku selalu order air milo ais bila makan luar.*tetibe aku teringat milo tabuq ! =.=



AYAM GORENG HALIA.
yang ni aku mmg tak pueh hati.byk bawang dari ayam. =.=




SUP DAGING
ha yang ni aku suka.kuah dia ada masam masam sikit.

kedai dia nama apa ku pun tak igt lah.hihi.tapi boleh la tahan.boleh lah kan.tambah tambah kalau perut lapar.aku bedal jela.dan kalau makan kat luar,susah jugak kdng kdng nak jumpa kedai makan yang sgt puas hati dgn layanan plus dgn makanan dia.

sebenarnya byk lg gmbar aku nk upload.tapi line lombap pulak la ai.ni jelah eh dapat.


sekian berita dari nilai ~ :D



p/s:tapi hari ni aku rasa takkan sama dengan semalam dan esok pulak takkan sama dengan hari ni.so selamat beramal. *tetibe je aku nih :P

Saturday, March 12, 2011

dengar je perempuan tu org nogori,terus tak jadi nak meminang.apo kono ejang.terjah jom !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku selalu je dengar,kalau org perempuan tu org nogori,lelaki tu org luar.gerenti dia takot nak dekat or yg dah nak kawin tu takot pulak nak kawin.
Konon konon nya kalau kahwin dengan perempuan nogori ni,nanti cerai harta semua dapat kat perempuan nogori tu.betul ke ??

SO,nk tau betul ke tak hal ni,meh aku nak terangkan.

Org nogori sangatlah terkenal dengan adat pepatihnya.Adat pepatih ni ialah adat yang diamalkan oleh orang dari negeri sembilan sejak dari zaman nenek moyandg dulu dulu.tak semua.tapi tengok tempat dan keturunan jugaklah.

Betul ke kalau kahwin dengan perempuan dari negeri sembilan ni.nanti cerai harta semua dapat kat perempuan tu?

Jawapannya salah sekali.
Itu semuanya mitos.Yang sebenarnya bukan harta lelaki tu,tapi harta pusaka perempuan tu sendiri.Harta yang nenek moyang dia dulu.Kalau ikutkan memang harta tu jadi milik perempuan tu dan harta lelaki tu takkan terusik langsung.

So,apa lagi yang kat luar sana tu,dah tau kan cerita sebenarnya dan ini lah antara fakta yang betul disebabkan aku pun :

.


.


.

.


.

.

.

.

.

.

.

.






org negeri sembilan jugak ;P

Tuesday, March 8, 2011

10 TANDA DIA JODOH KITA

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Semoga kita semua mendapat JODOH yang baik.amin (: