saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Tuesday, January 29, 2013

Hikmah itu ada, pada orang yang sabar.

Entah kenapa, saya terasa nak menulis entry malam ini. Saya nak bercerita tentang kisah saya sendiri yang mungkin boleh memberi motivasi pada yang membaca.

Assalamualaikum pembuka kata :)
Kisah bermula ketika saya di sekolah menengah. Ok zaman ni boleh dikatakan remaja atau pun muda remaja :) . Seingat masa tu saya di tingkatan 4. Perasaan rasa nak sangat masuk matrik lepas abis spm disebabkan tengok abg sendiri yg dah belaja kat sana. Sangat rasa nak. Start dari situ, saya sendiri tekad untuk belaja rajin2, dan dapat result yg cemerlang untuk masuk matrik macam abg. Tup tap tup tap.. sampaila ke harinya.. maafla saya terus skip ke hari nak ambil spm ni.. takut nanti, panjang sgt ceritanya. jadi pendekkan :) .  Perasaan hari nak ambik tu, mmg sgt gementar, terasa mcm nak berperang, nak lawan dgn raksasa pulak, padahal nak ambil result spm je kan. Tapi org yg dah tempuh masa ni, msti tau kan perasaan time tu. Jantung rasa nak gugur je, rasa nak pengsan kat depan cikgu kan. Haha. Kelaka.
Tiba je giliran saya, ingat dapat slip nak terus cabut, tgk2 cikgu sebut dapat berapa. Keputusan saya takda la cemerlang, tapi lulus. Tapi bila tgk result, macam nak batalkan hasrat nak masuk matrik tu.
Dah berbulan2 berlalu, macam biasa, budak spm akan isi borang upukan, saya isi juga. Tak ingat taruk apa jadi pilihan no satu. Tapi apa yang saya nak mmg tak dapat. Dapat kos yg memang tat terlintas langsung dalam fikiran. Matrik pun tak dapat, macam yg saya nak. Saya terus tekad nak masuk je form 6.

Bermulanya kisah saya di form 6...
Mula mula masuk, ok excited senua. Saya tak ambik form 6 dekat sekolah lama, sebab sekolah lama saya takda aliran sains. Saya ambik sains tulen. sebab orang kata, ambik sains ni luas bila kerja. Macam macam boleh minta kan. Nak jadi doktor ke, nak jadi farmasi ke dan lain lain. Hari pertama masuk, mmg best, banyak kawan saya yang sama sekolah dulu, banyak pun adalah dalam beberapa kerat, boleh bilang guna jari :P . Tapi bila dengar cikgu matematik dia bagi kata2 aluan, saya dah mula patah semangat. Dia cakap form 6 ni susah, kalau tak sungguh2. Maybe psycho dia bila dia kata susah, saya dah set susah semua.
Balik2 saya fikir balik. Cakap sorang dgn diri, boleh ke aku bawak form 6 ni ? Tapi bila tgk kawan sama sekolah ada, saya naik semangat semula. Tu la org kata semangat kan bila tgk ada kawan sama2 yg berjuang nak belaja dgn kita. Kawan baik pulak tu.

Lama kelamaan, satu satu kawan saya keluar. Diorang dapat panggilan kedua untuk masuk U. Last2 tinggsl saya dan sorang lagi kawan perempuan dan sorang kawan lelaki melayu.. Bayangkan hanya ada 3 je orang melayu dalam kelas tu.. yang lain semuanya cina dan india. Motivasi diri memng makin turun bila tgk ramai kawan dah keluar dan dalam masa yg sama terlintas dalam fikiran. dalam hati berbisik sendiri... " kawan kawan lain semua dah masuk U dgn matrik, tapi aku ? " memang bila fikir ni je mesti akan menangis sendiri.. tambah pula memang serious cakap yg form 6 memang susah sgt.. kalau tak betul2 bawa. Saya yg dah agak patah semangat ni, lagi bertambah down... tapi kadang2 cuba pujuk hati sendiri.. nasib ada kawan peneman belaja sama2 masa kat form 6 tu.. kawan dari sekola rendah sampai ke menengah.. Tapi tiap kali exam form 6, saya mesti ada je yang gagal... sampai saya rasa, saya yang paling lambat tangkap dalam kelas tu.. dah cuba, tapi perkara yang sama berulang.. lambatnya tangkap saya ni :'(

Dan Dalam pada masa yang sama, mama suruh apply SPA.. SPA ni ialah suruhanjaya perkhidmatan awam.. saya cuba je minta.. dalam masa berapa bulan tak silap, time tu... saya kat lower six.. saya dipanggil pergi ke temuduga ni.. saya minta jurupulih perubatan anggota sebagai kursus yg paling utama sekali.. walaupun mula2 taktau apa kerja dia.. just tau, dari sepupu yg kerja ni  berkaitan dengan tulang.. tp itu tak penting.. yg penting kerja ni dalam bidang perubatan dan memang saya nak sangat kerja dalam sektor perubatan ni... nak tolong org yg sakit.. yang memerlukan.. Alhamdulilah dapat jawab temuduga dengan yakin tapi adalah jugak soalan perangkap dia.. tapi boleh jawab juga dengan baik..

Selang beberapa bulan, time tu saya dah masuk upper six.. saya dapat surat dari SPA... ok perasaan sangat excited... dengan form 6 yang susah... sangat berharap nak dapt masuk SPA ni... tiba2 tgk jawapan dia yg mengecewakan sikit.. saya hanya dapat sebagai calon simpanan je.. mean kalau ada kosong baru saya masuk.. itu pun kalau org taknak.. Start dari haritu saya tak nak mengharap lagi... Saya teruskan form 6, walaupun dalam pada masa yg sama saya menangis sendiri.. bila balik je rumah.. lepas abis kelas.. mesti menangis.. kenangkan form 6 yg susah tambah lagi siapa yg tak sedihkan.. kawan2 lain semua dah ada dkt U dan matrik.. tapi sy, still lagi bersekolah.. bawa form 6 yg susah sgt.. menitik airmata.. saya tahan je.. sebab saya sorang yg rasa... Bila kawan tanya, kau kat mana sekarang.. saya jawab form 6.. kawan mesti cakap,.. eh boleh bawa ke ? form 6 tu kan susah.. saya diam angguk je... dalam hati Allah je tahu kan..

Tiba masa STPM menjelma... saya pun tak tau apa yang saya jawab masa dalam exam STPM... memang susah sangat.. habis je paper... cuba gigihkan baca subjek lain pula yg esoknya punya exam.. dan sampaila ke paper last.. memang saya rasa.. saya tak boleh.. ke mana saya lepas ni.. Ya Allah beratnya ujian.. tapi saya fikir org lain lagi berat ujian.. saya cuba percaya.. yakinlah dengan Allah..
Dan.. tak disangka, memang betul2 time saya abis exam paper last.. tgahri tu, balik je rumah... saya dapat surat.. surat daripada SPA yang mengatakan saya terpilih untuk masuk.. Ya Allah memang perasaan saya masa itu gembira sangat.. tak dapat nak gambarkan dengan kata kata... Benarlah.. bahawa hikmah itu ada pada org yg sabar.. Allah ada perancangna yg baik utk setiap hambaNya... Selama dua tahun, saya hadapi form 6, pernah rasa nak give up.. menangis tiap tiap masa.. rupanya Allah nak hadiahkan sesuatu yang indah kat penghujungnya... Jalan Allah itu baik. jalan Allah itu cantik... Dan alhamdulillah dan sekarang saya dah pun habis belajar dan nak masuk setahun dah berkerja di Hospital.. dalam bidang jurupulih perubatan anggota.. Ingat, kunci utama ialah kesabaran dan jangan give up.. sebab kita tak tahu apa yg Allah nak bagi kita dipenghujungnya.. diuji kita dgn dugaan dan ujian pada awalnya.. tapi Allah bagi ganjaran dipenghujungnya.. Sekian.

Thanks for reading.



Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri.