Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan airmatanya,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan banyak bercakap,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada.Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE YOU',itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki tiu sendiri merasai cintanya,bukan hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andainya lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia sangat rindukan kamu,dia memang benar-benar maksudkannya.Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.
Andainya lelaki tahu...Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.Tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya,perempuan itu tampak lemah tapi dia punyai kekuatn sendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh membuatkan lelaki menjadi lemah kerananya.
last but not least,
Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.. :')
renungkan :)