saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Sunday, July 24, 2011

It`s hard to say,tapi jadi diri sendirikan lebih baik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pernah tak korang ada cita-cita nak jadi macam artis tu lah,artis ni lah,macam kawan kita yang cantik dan famous masa dekat sekolah dulu.think back!(eceh ckp bhs inggeris plak den kan ;p )


sekadar hiasan :D

Tak salah kalau orang yg kita ikut tu sekadar kita nk ambik benda yang baik pada dia untuk kita ikut.contoh dia selalu senyum.soo kita nak ikut macam tu jugak.tapi jangan pulak senyum salah tempat.nanti jadi lain pulak kan ;P


suka tengok heliza helmi senyum (:

Yang salahnya bila kita terlalu fanatik dekat seseorang tu sampai semua nak jadi macam dia.parah tau.Sebab apa?
Sebab kita tak boleh nak jadi orang lain,sebab lain orang lain personalitinya.
Tau tak?setiap orang dah dianugerahkan dengan keistimewaan yang tersendiri,cuma kita je yang tak nampak,tapi orang lain nampak.
So,fikirkanlah balik,nak jadi orang lain ke?atau jadi diri kita sendiri?




kita yang tentukan diri kita sendiri.so think! (:


Saturday, July 23, 2011

Kenapa Allah temukakan kita dengan orang yang salah?BaCA JOM! (:

Memang sakit bila disakiti sebab CINTA,tapi percayalah setiap berlaku ada hikmahnya (: .nak tau.baca meh :D


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Allah know what is the best for you.So don`t ever give up oke! (:

Wednesday, July 20, 2011

Bulan puasa bakal tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

First of all nak tunjuk pic ni dekat korang :

jeng jeng jeng~


comel tak ?
ni watak utama dalam kungfu panda masa dia kecik."hye,nama saya poo! >.<


Tak lama lagi bulan puasa akan menjelma kan,dup dap dup dap pulak(macam nak kawin pulak aku kan ;p ).Aku harap tahun ni bulan puasa aku lebih bagus dari tahun tahun lepas.thats mean aku harap dapat pergi tarawih tiap-tiap hari =.= .amin! amin!aminkan aku cepat !


Erk?ni gmbar raya aku tahun lepas.*iklan kejap ye :')


Tahun ni aku puasa dengan kawan kawan sepraktikal aku.budak kelas aku jugak.aku kan dekat terengganu ni.korang boleh baca entri ni kalau nak tahu cerita aku dekat sini.kalau nak tahulah ;p .

Plan aku untuk berbuka nanti,makan makanan dekat bazar ramadhan jela kan.aha tak boleh blah kaww dah rancang nk mkn apa puasa nnti ;p .tapi even nak masuk bulan puasa mood aku sekarang memang tak sabar nak tunggu bulan puasa.tapi yang peliknya aku sekarang.hari ni aku dah start dengar lagu raya.ni haaa lagu yang aku suka dengar ;p



oke dah feelin feelin.puasa dulu oke! ;p

anyway selamat menyambut bulan puasa ye kawan kawan nanti :D

puasa penuh taw!pumpan takpe! ;D

Friday, July 15, 2011

CINTA MUKA BUKU :D

"Kita berkenalan hanya dalam muka buku,kau hantar petanda suruh aku terima kamu"

tengok tengok lirik atas ni dah nampak sweet kan.Aku tau ramai je yang berkawan dan kenal daripada facebook atau pun muka buku.sebab aku pun macam tu ;D

Sebab zaman sekaran ni,dah boleh dikatakan semua orang ada facebook sendiri.
Kat sini aku bukan nak bercerita macam mana nak pilih kawan kawan dari facebook atau muka buku ni,tapi aku nak berkongsi satu lagu.

Lagu ni adalah lagu najwa latiff sendiri.mana tak tahu sapa najwa latiff.boleh pergi sini najwa latiff.
First time aku tahu mengenai dia pun dari blog orang lain.diringkaskan najwa latiff ni ialah seorang budak youtube.sebab apa?semua apa yang dia nyanyi,dia akan berkongsi dekat YOUTUBE.aku first-first dengar dah jatuh hati dengan suara dia.unik dan sangat comel.

Maaf!tengok tu dah melencong cerita.tadaaaaa.ni lah lagu yang aku maksudkan :






sila dengar dan tengok sampai habis dulu

korang suka tak lagu ni?aku suka :D.lirik dia bagus (: .ce try dengar meh ~


Wednesday, July 13, 2011

ENTRY KHAS : Pengalaman berjauhan dengan keluarga episod 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera ~ :D

Bertemu lagi kita di rancangan entry khas ;P .huahua

Oke kali ni meh nak citer pasal tempat praktikal aku.Hari pertama datang dah buat spoil.ahaha.konon konon diorang tak tau yg patutnya kita orang kena masuk praktikal hari ahad.tapi kita org dtg hari isnin.O...M..G! kena kot.

Budak budak ni lah..dah tak pasal2 kena ganti sehari..yelah kan dekat terengganu hari ahad dah keje kan.Tapi takpe buat buat cool~...HOD Fisioterapi dekat Hospital terengganu ni okelah buat masa ni,cuma dia susah nak senyum sikit.haha.tapi yg tak boleh blah bila dia cakap.'oke saya harap batch kamu semua akan tunjukkan yang kamu adalah batch yg terbaik pernah dtg praktikal kat sini.lagi pun saya tengok pada rupa semuanya nampak baik-baik je ni."eceh eceh.dia tak tau otai punye diorang ni.termasuk aku ;P .haha.belum waktu rehat pukul 1.pukul 12.40 am dah curik curik keluar rehat kat pintu belakang ;P .haha.*aku terpaksa ikut je.sbb diorang ajak ;P

Lepas tu ada penolong HOD tu lah merangap pembantu dia.memang gila sempoi.lelaki lah.umur dalam 5o lebih macam tu.dia siap boleh cakap lagi."janganlah kalut-kalut lagi kat sini,relak-relak dulu,lepak lepak pantai ke."haha.memang sempoi.kasi thumbs up dekat tuan haji! ;D

Apa lagi budak budak ni dah tau macam tu.memng gila punya rileks lah...*tapi aku tak ;P .kadang kadang je lah.heeee :B

So far aku rasa oke praktikal dekat Hospital kuala terengganu ni.okelah.takda stress-stress.aku harap sampai bila bila pun.

aku takmo panjang cerita.nanti dah ada kamera.aku masukkan gambar oke.nampak kosong pulak ada tulisan je kan.nnti aku tangkap gmbar tempat yg menarik ada dekat terengganu ni.mcm biasa lah sambil menyelam minum air.tapi jgn minum sampai lemas.tak gitu ? ;D

adios ~ :D

p/s:tak sabar-sabar nak bulan RAMADHAN (:

Sunday, July 3, 2011

ENTRY KHAS : Pengalaman berjauhan dengan keluarga episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera all ! ;')

Sobsob nampak tak aku buat icon ;') .maksudnya sedih dalam gembira lah tuh.ahaha.

Aku di terengganu ni.jauh daripada kampung halaman sendiri.first time jauh daripada keluarga.sedihla sikit.tak tau lah lama lama nanti. wuwuwuwu ;'(

Aku bukan bercuti kat sini or berhoneymoon oke (amboi gatai nooo! ;P ) .tapi aku dihantar berpraktikal kat sini.BOLD kan dekat dihantar tuh!thats mean bukan aku yang mintak.Hari ni baru masuk hari kedua aku dekat sini.so far aku okelah.takda nangis2 lah.sbb aku pun dah besar kan.besar oke! ;D .

Oh ye aku praktikal dekat Hospital Tunku Zahirah,Batu Buruk.Perjalanan dari rumah aku iaitu Port Dickson adalah dalam 9 jam macam tu.giler jauh kan! T_T .tapi takpe inilah pengorbanan.aku redha.ececeh ;P .

Dah kalau 9 jam perjalanan nya dah konfirm konfirm aku balik raya je nanti.tak pun kalau ada cuti panjang.giler sedih kan. =.= .Dekat sini aku duduk dekat rumah chalet sbnrnye yang disewa.tiap tiap bulan adalah dalam rm130 seorang.oke lah kot.rumah dia dekat je dengan pantai.tapi aku lagi suka pantai PORT DICKSON.ahaha.bolee mandi manda.Kat sini pantai dia dalam.kalau mandi konfirm konfirm esok pagi terpampang muka korang dalam paper. *paham sendiri ;P .

Nasib kat sini ada membe aku org ganu jugak.apa apa hal.dia ada.haha.perempuan oke.! Okelah aku rasa ni jelah aku nak cerita untuk kali ni.Sorilah gambar takda.aku tak bawak kamera pun.handset aku plak mana ada kamera.sila lah sedih ;'P .


Korang semua ada pengalaman tak jauh daripada family.ce citer ce citer !Nanti aku citer lagi oke!