saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Wednesday, February 23, 2011

Menyesal~ Fikir sebelum terlambat.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

First thing aku nak tanya kat korang,pernah tak korang buat sesuatu dan lepas tu korang rasa sgt sgt menyesal.Meh aku bagi situasi.

Situasi di mana si A suka dengan korang.ambil berat tentang korang.dan sgt setia dengan korang.Walaupun dalam masa yang sama korang buat endah tak endah dengan dia.Suatu hari ex korang datang balik.dan cuba untuk kembali kepada korang.Korang pun beriya iya nak ex korang balik.Dan dalam masa yang sama korang telah melukakan hati si A yang suka dan ambil berat pasal korang.Tiba-tiba suatu hari korang bergaduh dan bertengkar balik dengan kekasih lama korang.dan putus.Pada masa tu tiba tiba korang trfikirkan si A.Tapi malangnya korang dah terlambat bila si A tu dah di miliki oleh lelaki lain.Menyesal tak menyesal korang masa tu?

Situasi ni aku cuma reka sebab ianya sama dengan lagu sixth sense ni :


Menyesal – Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku







It`s better to live with the one who love u more although u never love he/she rather than live the one who u love more but he/she never love u.Think (:

Monday, February 21, 2011

FACEBLOG.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyeeeee :D ~

Ha..perasan tak icon kat ats ni yg ada logo mcm FACEBOOK plus dengan BLOGGER kat tepi dia tu.Kaler pink gituuuu u alll ;D.Kalau korang nak tahu ni adalah logo untuk FACEBLOG.

Apa tu FACEBLOG ?
FACEBLOG ni lebih kurang macam facebook dan laman web sosial yang lain.

Tujuan FACEBLOG(berdasarkan daripada laman FACEBLOG TU):
Tujuan FACEBLOG adalah untuk mengumpul dan membina satu komuniti BLOGGER khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya.

Ayien dah pun join FACEBLOG ni.Korang tunggu apa lagi?JOM!

KLIK logo FACEBLOG kat bwh atau ats sekali ni utk join (:


Jumpa di sana!Eceh ;P


Sunday, February 20, 2011

AKU MASUK AKADEMI FANTASIA 9




Menuju puncak gemilang di hati,
bersama janji azam sejati,
pasti berjaya di AKADEMI FANTASIA...........~


Ujibakat AF9 dah pun bermula kan.Baru baru dah berlangsung dekat stadium bukit jalil dan korang jgn pulak tak tahu yang audition af kali ni aku dapat tau boleh hantar melalui YOUTUBE je.What?time aku dapat atu pun tarikh tutup dia dah habis.so aku sikit kuciwa.
Tapi yang audition live punya.eceh.kira yang kena depan depan dengan juri ada lagi.Antara lagu lagu yang boleh dipilih ialah(alamak skema plak aku kan =.=)

Kategori Lelaki

1 Selamat Malam- Faizal Tahir

2 Kebahagiaan Dalam- Perpisahan Shahir

3 Drama King - Muh

4 Extravaganza - Bunkface

5 Billionaire -Travis McCoy

6 Bukan Cinta Biasa - Afgan

7 Ketulusan Hati -Anuar Zain

8 Bila Cinta -Gio & Felly

9 Noktah Cinta - Hafiz

10 Yang Pernah -Estranged

11 Dan Bila Esok -Sofaz

12 Akulah Kekasih Mu -Axl's

13 Tinggal Kenangan - Salem

14 Tak Mungkin Berpaling - Zamani

15 Pelita Api

16 Susun Silang Kata - Aizat

17 Inilah Cinta -Akim

18 Sorry Sorry -Super Junior

19 Baby -Justin Bieber

20 Yank -Wali Band


Kategori Wanita

1 Ku Ada Kamu -Adira

2 Nobody -Wondergirls

3 Realiti Dewi -Alyah

4 Tolong Ingatkan Aku -Ana Rafali

5 Jahat Stacy

6 Hati yang Kau Sakiti -Rossa

7 Matahari - Agnes Monica

8 Pelamin Anganku Musnah -Azie

9 Bila Cinta - Gio & Felly

10 Bertamu Di Kalbu -Jaclyn Victor

11 Helo -Beyonce

12 Sejak Ku Bertemu Padamu - Sanisah Huri

13 Gila -Mila

14 Puisi Cinta -Ella

15 Rela -Tila

16 Aku Tak Percaya Cinta -Liyana Jasmay

17 Cinta Sempurna -Yuna

18 Tari Tualang Tiga -Saloma

19 Cinta Ini -Dato' Siti Nurhaliza

20 Ku Bukan Aku -Tilu


yang aku terperanjat bila tgk ada je lagu lama macam saloma dan sanisah huri tu.macam dulu takda kan =.=

Dan kalau dulu kalau korang ikuti awal awal tentang af9 ni kan.Tak silap aku pengetua dia nanti ialah Ahmad Dhani.Aku betul betul terkejut.kenapa mesti dia?dah takda ke penyanyi malaysia yang layak jadik pengetua.aku rasa banyak je penyanyi malaysia yang ada potensi jadi pengetua.Last last ni disebabkan isu ni lah diorang tukar pengetua ke amy search tak silap aku.

Dan boleh dikatakan tiap tiap tahun ada ujibakat af ni ramai je orang pergi.dan aku salut kat diorang sbb diorang berani mencuba.walaupun tak kisah lah dapat ke tak.yang penting MENCUBA.aku suka(:

Eh aku dapat masuk AF9 lah.caya tak caya tak?ehe.huahua.aku acah je.nak berangan kejap. ;p .audition dia pun aku tak pergi kan.mana lah boleh dapat macam tu je.


Sebenarnya aku memang ada simpan hasrat nak pegi ujibakat AF.tapi buat masa ni aku tak boleh pergi.Disebabkan aku masih lagi belajar.Tambah tambah lagi pengajian aku tinggal lagi setahun je.So aku fikir better aku habiskan dulu pengajian aku nih.
dan dan Insyaallah tahun depan aku nekad pergi ujibakat af10(itupun kalau af masih ada).mood aku mmg giler excited nak cuba skang (: .Hopeful (:


korang,korang dah pergi ke audition af tu?


Tuesday, February 15, 2011

5 kesilapan bila bercinta

sekadar hiasan


Bagi semua yang masih baru bercinta atau pun dah lama bercinta dan mungkin baru nak bercinta.Jom baca :

1.Terlalu percaya pasangan 100 %
Yang ni aku biasa tgk dkt psgn kekasih,baik wanita atau lelaki tu sendiri.Terlalu memberi kepercayaan 100 % pada pasangan.Bukan tak boleh percaya pada psgn tapi berpada pada.Ni utk kebaikan bersama jugak.

2. Terlalu control pasangan
Ha,yang ni aku paling tak suka tgk.Eh,plz lah bila awek/bf tu nak keluar dgn kwn kwn sekolah dia pun tak perlu lah korang sekat kebebasan dia nak berkawan.Sampaikan hubungan awek/bf tu dgn kwn kwn dah makin jauh disebabkan terlalu nak mengongkong hidup awek/bf tu.

3. Cemburu tak bertempat
Ok.Yang ni aku rasa memang ada je pasangan yang macam tu.Sikit sikit nak cemburu.Tuduh macam macam awek/bf keluar dengan kekasih baru lah.Tolonglah korang jadik matang sikit.bukan tak boleh nak cemburu,tapi mestilah kena pada tempat.dah sampaikan si awek/bf keluar dengan abg/akak sendiri pun dah ckp mcm mcm.Mmg lah parah.

4. Terlalu banyak memberi janji kosong
Tolong lah jangan tabur janji kalau belum lagi jadi nyata.Bukan tak boleh cuma,nanti jika sesuatu terjadik.Mulalah ungkit balik janji dulu dulu tu.nak hidup semati sama sama lah.Lain pulak jadinya kan.

5. Kerap sangat berjumpa
Bukan tak boleh,cuma kalau dah hari hari keluar sama sama,mkn sama sama dan yang mana kolej sama sama tu pun akn pergi kuliah sama.Wake up lah,nanti korang jugak akn rasa jemu sbb hari hari jumpa(itu normal manusia).Bila dah selalu jumpa akn jdk lah mcm2 perkara.So fikirkan lah (:


Tanamkan dalam diri.
"Bercinta sehingga ke gerbang perkahwinan"
Korang yang tentukan sama ada berjaya atau tidak.
So,renung renungkan.
Utk tatapan kita bersama (:

7biji buku?Itu pun nak kecoh ke?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Firstly bagi aku ucap selamat maulidur rasul dulu.Seriously aku terasa sgt rindu pada nabi Muhammad.Muhammad is soo amazing (: .

Dan bersempena hari ni jugak,aku tau ramai yang cuti kan hari ni.Yeay!aku pun.aku suka kot cuti cuti.korang pon ! ;P .Semalam first day aku praktikal dekat Hospital Besar Melaka.First time dtg dah kena marah2 dengan Ketua dekat rehab Physio sana.Bukan aku sorang.Dia marah ramai2 kot.HAHA.tapi siyes aku rasa lawak.Aku taknak take serious memandang aku tahu umor ketua dekat situ dah lanjut.so paham lah perangainya kan,walaupun kdng kdng kita tak bwt salah.

Tapi aku rasa bertambah lucu bila ada sorang member sepraktikal aku,cakap 7biji buku.Dengan tibatiba ketua rehab tu marah marah dekat membe aku tu.'Eh ko ni sekolah ke tak?buku guna biji ke?!..gila menakotkan terperanjat aku.HAHA.itu pun dia nak ambik kira.padahal benda tu kecik je aku rasa..tetibe dia tanya aku."Nur ain!buku guna apa?"aku dengan relaknya jawab."buah lah".HAHA.nasib aku igt.siyes aku pun igt igt lupa.maklumlah aku dah lama tak belajar bahasa melayu berbagai.yang tak boleh blahnya dia siap cakap kat membe aku tuh."Kamu ni sekolah rendah mana dulu ni ha?"HAHA.kelaka tak kelaka kan.adoi.

Nasib sebelum pergi praktikal aku dah cuba celup hati aku ni dalam lilin supaya hati aku jadik keras.Bak kata lecture aku lah kan.Pergi praktikal ni hati kena keras.Walaupun kdng kala kita BETUL.

So aku nak pesan utk diri aku dan korang semua yang dah praktikal atau baru nak praktikal.Korang kena kuat bila tgh praktikal ni.Biarkan org nak cakap korang lembap ke apa ke.Yang penting korang tau diri korangkan kan.Even korang dah buat betul.Diorang still akn cakap dan seboleh boleh nak carik salah korang.Ingat!cuba keraskan hati korang sekeras keras yang boleh. (:

Terima kasih sudi Baca (:

p/s:aku asyik hitung hari nak habis praktikal je ni :D

A.C

Saturday, February 12, 2011

CINTA atau SUKA ?

Hye korang!
Assalamualaikum dan salam sejahtera(:

korang sihat tak ?Hope semuanya sihat sihat belaka kan.

Pernah tak korang alami dua situasi di bawah ni :

SITUASI 1 : keadaan di mana korang baru je kenal lelaki/wanita ni,korang dah jatuh hati giler giler kat dia.

SITUASI 2 : keadaan di mana korang dah lama berkawan dengan lelaki/wanita tu dan rasa gelisah atau rasa gembira bila lelaki/wanita tu berada kat depan mata.rasa satu perasaan pelik.nervous ke ?

Soo nak tau apa yg korang harus buat.meh check outtt!!!!



Utk situasi 1,bagi aku kalo org yg baru korang kenal dan korang jumpe org tu,itu bukan cinta.Itu cuma korang tertarik je.Sebab mustahil nak jatuh cinta seseorang tu lebih lebih lagi baru kenal.So korang jgn pulak pergi cakap kat boy/girl tu yang korang jatuh cinta kat dia.sure sure korang kena reject!

Utk Situasi 2,jeng jeng aku kompem kompen agak korang dah jatuh cinta dengan boy/girl tu.Kalau tak jatuh hati masakan korang boleh gelisah dan adaaklanya rasa gembira bila boy/girl tu ada kat depan mata.ini lah tanda tanda awal nak tau korang tgh dilamun cinta or tak.So for the next step.tnggu entry akn dtg oke. (:

antara tanda tanda lain yang menunjukkan korang dah jatuh cinta,jom tgk :

1.Selalu memikirkan si dia.
2.Perasaan risau apabila sesuatu terjadi kepada si dia.
3.Kerap kali menghantar mesej kepada si dia.
4.Baca mesej sambil senyum senyum.
5.Sering memberikan kata kata ucapan kepada si dia.
6.Ambil berat tentang si dia.

dan ada bnyk lagi.tapi nanti aku senaraikan lagi (:

terima kasih sebab sudi baca (:



aku rasa aku dah ada tanda tanda ats ni dekat dia lah ;P

aku COP !haha

ENTRY ISTIMEWA BUATMU WANITA (:


Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.


Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.


Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.


Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.


Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.


Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.


Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".


Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.


Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia


Sunday, February 6, 2011

MASON moon

Aku ada CINTA HATI yang baru.meh aku nak tunjuk.dup dap dup dap :'D






eh sape ni ? hoho.




snow cap pun comel ..aww ;'P


aku plg suka gmbar ni.mata dia :'D


baby MASON! ilove u ! ;P

rawr!seriusly aku terpikat dekat budak yg bernama mason tuu..dh lah hensem kan kan?erk?jgn ambik!aku cop dulu ;P


Saturday, February 5, 2011

oh ganuu kita! :D

taknak tunjuk muke.blueek ;P


Assalamuaalaikum dan salam sejahter u ollls~ :D

Dah lama jugak rasanya tak update blog nih..Kali ni nak cerita pasal apa aku buat masa cuti tahun baru cina baru baru nih.tengok tajuk mungkin dah tahukan aku pergi mana.
Full time aku rasa cuti aku dipenuhi aktiviti ke terengganu.Aku orang ganu ke?Oh tak tak.sbnrnye aku pegi sana utk menghadiri majlis tunang.bukan majlis tunang aku,tapi abg sepupu aku.dia bertunang dengan orang terengganu.

iklan budak comel tgh pegang botol susu sokojap :p

******* ^_^

Dari port dickson betolak hari rabu tak silap aku.Tapi singgah bermalam dekat rumah makcu aku merangkap mak aku punya adik.Sampai dekat umah dia pun dah memalam buta.So sampai je terus tido.Pagi tu aku saja dok belek belek gambar lama dekat rumah maksu aku.muahaha.dan aku jumpa nih. :P

cuba carik mana aku :D

Sampai dekat ganu aku dgn sdara sdara carik homestay...weee nasib dpt homestay elok.aku suka :D .besau punye homestay.harga pun berpatutan.ada 4 bilik.ada ruang tamu dgn dapur.aku ada buat video promot homestay tuh.tapi taknaklah tnjuk.aku sogan ;P


********



Esoknya hari jumaat ciap ciap lepas je smayang jumaat kami pergi.Bialah gambar gambar ceritakan apa yang berlaku lepas tu..weeee~


ni dia tunang abg sepupu aku.comel tak?org ganu oke ;P


yeayyy.!dh betunang dah abg sepupu aku sorang ni(baju kaler putih).aku bila lagi ?tettt.gatai noo ;P



dan terserempak dgn dia nih.kwn abg sepupu aku



akak aku cakap yg nih artis kumpulan maximus.knp aku tak tau ? =.=


memang aku rasa penat gila lepas balik rumah.tapi puas.
puas lepas dpt pow abg aku.ngeee :D


aku pow dia baju nih.hehe.korang ado ? ;P




Wednesday, February 2, 2011

KULIT KERING?BERMINYAK?BERJERAWAT?SILA BACA UNTUK SELESAIKANNYA (:



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!smoga dalam keadaan ceria selalu (:

Kulit berminyak?berjerawat?tak tau nak buat apa?dan ofkos mslh ni amat merungsingkan korang kan?So meh aku nak share dengan korang mcm mana korang nak selesaikannya.sila baca sampai abis kalau nak tau (:

Oke selalu aku cerita tips utk memiliki kulit cantik kan?kali ni aku sendiri nak share satu produk yang diyakini sangat sangat berguna dan berkesan utk korang yang ada mslh kulit macam aku sebut kat ats.Sangat sangat berpuas hati lah,so far aku guna kulit aku dah rasa perubahan dia.Kulit muka akan jadi lembut dan licin.Harga dia pun sgt berpatutan dan tak la semahal mcm produk kecantikan yang lain.Boleh baca jugak kat sini http://www.catalyst2u.net/index-1.html


SOFT GEL VCO(VIRGIN COCONUT OIL)
HANYA RM39.90
(tak termasuk postage RM7)



Antara kebaikan VCO ni selain daripada yang aku ceritakan kat atas ni :)
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
Dan produk ni juga sesuai utk mengatasi masalah kesuburan.bagi ibu ibu kat luar sana (:

Untuk yang ada mslh jerawat yang teruk.Aku sarankan korang ambil dua biji sehari.Tapi yang tada mslh,nak maintankan kulit muka korang,bolehlah ambil sebiji sehari.*lepas mkn.

So pada sesiapa yang berminat dengan produk ni bolehlah contact ayien.Sbb ayien dh jadik salah satu agent VCO ni.
So pada kat luar sana aku sarankan korang beli VCO ni.sbb korang tak kan rugi apa apa.dan aku jamin masalah korang dapat diatasi kalau korang amalkan VCO ni.Secara tak langsung dia menjaga kecantikan luaran dan dalaman korang (:

*P/S:LELAKI pun boleh cuba (:

IF KORANG BERMINAT,BOLEH BUAT PRE-ORDER SEKARANG.
EMAIL ME AT
ayienchan89@yahoo.com