saya suka tgk mereka tersenyum (:

"Cukuplah Allah yang menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik pelindung" (Ali Imran 3:173)

Saturday, September 10, 2011

Jika anda diberikan dua pilihan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

Pernah atau adakah korang sedang mengalami situasi di mana korang diberi dua pilihan dalam satu masa.tak kisah la pilih pasangan ke,atau mugkin benda?atau pun mungkin kerjaya ?dan yang sekutu dengannya.

Mesti sangat pening bila berada dekat situasi ni dan taktau apa nak buat.kalau yang nak pilih pasangan,bolehlah diibaratkan macam lagu ni :



haaaa.apa nak buat ni.tak tau kan.nak pilih mana yee ??meh baca tips kat bawah.

1. Bertenang
Aku rasa yang ni paling penting sekali bila korang rasa cemas taktau nak buat apa.tarik nafas panjang2 dan lepas kan.Sebab apa bila bertenang baru boleh berfikir dengan baik.

2. Tanya pandangan org lain
Yang ni sebagai guide untuk korang.Yelah mana tau org yg korang tanya tu lebih banyak pengalaman dia.Secara tak langsung pendapat yang akan dia bagi mesti bernas dan boleh dipakai guna.Jangan malu nak bertanya.sebab malu bertanya sesat jalan kan.so tanya sebanyak mana yang korang nak tanya.

3. Senaraikan keburukan dan kebaikan
Oke pilih korang dah rasa nak pilih yang tu,cuba korang senaraikan dalam satu kertas ke apa kebaikan dan keburukan dia.dan lepas tu tulis juga untuk pilihan yang kedua.cuba banding antara dua,mana yang banyak kebaikan dia.haaa yang tu lah terbaik untuk korang.tapi nanti dulu,tengok tips kat bawah lagi (:

4. Buat keputusan dengan bijak !
Yang ni sangat penting sebab apa keputusan yang bijak mesti dapat memberikan keputusan yang memuaskan.Cuba tengok balik senarai keburukan dan kebaikan yang korang dah listkan tu dan cuba masukkan juga pendapat dari orang lain yang berpengalaman yang korang dah tanya.Nilai sehabis mungkin.

5.Tawakkal dan berdoa
Akhir sekali bila korang dah berani buat keputusan,banyakkanlah berdoa.bagi yang masih rasa sangsi dengan keputusan aku cadangkan buat sembahyang isthikarah.supaya diberikan petunjuk.kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.ingat tu ! (:

selamat mencuba ! (:

sekadar berkongsi :

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum,
Jika kamu mencintai kerana dia kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tapi nafsu
Jika kamu mencintai kerana takot dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan,
Jika kamu mencintai dia kerana dia baik,itu bukan cinta tapi rasa terima kasih,
Tetapi jika mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu mencintainya itulah cinta yang sesungguhnya (:

Monday, September 5, 2011

oh oh balik balik kerja ! T_T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (:

Pejam celik pejam celik dah habis cuti T_T .sapa geng dengan aku mari sep sep!
Aku pulak pagi tadi dengan rasa berat hati kemas kemas barang packing siap nak balik praktikal dekat terengganu.rasa hati toksah nak cakap.sedeyyyyy .

Aku naik bas TRANSNASIONAL.motif CAPSLOCK?haha.sebab aku tahu bus ni ramai org nak naik kan.rasa selamat gituu.eceh. :D
Aku serik kot nak naik SP BUMI.dah la dua tingkat !aku kalau boleh nak elak.tengok tengok dapat jugak.itu cerita masa aku nak balik raya hari tu.aku tak tido kot naik bas tu,bersengkang mata.risau gilaa. =.=

Perjalanan aku daripada Terminal one SEREMBAN ke Kuala Terengganu adalah makan masa dalam 8 jam.Tapi aku tak bosan pun sebab aku ada peneman dalam bus.hehe.



jeng jeng jeng.Semerah Simpulan Cinta !
tengok tajuk dah tau kan komik ni jiwang.haha.takpe.aku suka :D

Tapi komik ni sangat best.tak rugi beli tau.aku promote kat korang semua yang mana baru nak berjinak bercinta ke.bila baca komik macam ni.korang akan rasa feel even tak bercinta pun.haha.sapa SINGLE lagi wajib kena baca ! :P

Eh aku lupa nak cerita.satu babak yang aku tak boleh nak lupa bila masa mula naik bus tadi.Masuk masuk je aku cepat2 ambik seat tepi tingkap.supaya aku dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah.Aku ni pencinta Alam kalau nak tahu.huahua~
Babak yang aku nak cerita ni memang buatkan aku rasa nak menangis bila mana situasi budak perempuan depan aku telefon mak dia yang ada dekat luar bus tu je.gila sweet tau.telefon sambil tengok mak dia kat luar bus.mak dia pun tengok anak dia kat dalam bus sambil cakap cakap.aku pulak kat belakang ni tengok rasa sebak. T_T .tapi sumpah sweet !mak dia lambai2.

Kali ni bila naik bus TRANSNASIONAL aku nyenyak kot tidur.siap mimpi2.haha. :P .jgn jeles.
Aku jaga jaga je dengar lagu raya suasana hari raya =.= .spoil betul lah.part yang buat aku rasa semangat balik bila dengar lirik ni "susasan hari raya walau dimana pun jua,memberikan ketengan dan mententeramkan jiwa" .oh sedih tapi aku senyum (:

Lepas tu lagu Adira pulak.ala yang ada dalam cerita AWAN DANIA tu.tajuk ilusi.tapi tiap kali lagu ni pasang je,aku mesti akan terbayang video ni...

haha ce cube korang tengok.klako klako. :P

dan lepas tu aku tidur balik la.HAHA.dipendekkan cerita aku sampai lah Kuala Terengganu.lepas tu pergi makan dan balik rumah sewa.kawan aku jemput. :D

aku harap esok dapat PRAKTIKAL dengan tenang. =.= 


kepada semua "berhati hati lah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang".tetiba je aku :P